CARI-MAL Publish time 30-3-2023 04:45 PM

Dekat Pukul 7 Belum Sampai Rumah, Wanita 'Siang' Sayur Dalam Kereta Takut Lewat Masak Untuk Berbuka

Tular video yang dimuat naik seorang wanita, Nurul Natasha yang merakamkan dirinya sedang 'menyiang' sayur di dalam kereta.


Dalam video itu, kelihatan Nurul Natasha mematahkan kacang panjang dengan tangan sambil memandu.


Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Tasha menceritakan semula kisah di sebalik rakaman tular itu yang dimuat naik ketika berada di dalam kereta pada hari pertama puasa, Khamis lalu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/30/164236k7mfsf7e6s9lyg3g.jpg



“Masa tu saya tengah hadap ‘jam’ (kesesakan lalu lintas) nak balik ke rumah dari ofis dekat Bandar Puchong Jaya.


“Sebelum balik rumah saya ada singgah kedai beli kacang panjang. Biasanya kalau tak sesak, lima minit pun dah sampai. Tapi disebabkan jam, perjalanan lima minit pun boleh jadi 30 minit.


“Saya keluar dari pejabat pukul 5.15 petang, tapi bulan puasa pukul 6.55 petang saya masih belum sampai rumah,” ujarnya.


Tasha yang kini menetap di Kajang, Selangor, berkata dia pada ketika itu memandu bersendirian.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/30/164239yhi5vpfu434c3yu9.jpg


202303up_1680165763106



Justeru, hajat wanita berusia 32 tahun ini untuk memasak sayur kacang panjang goreng dicampur telur dan ayam ‘terkubur’ apabila tiba di rumah hampir masuk waktu berbuka.


“Masa tu tak fikir apa dah. Dalam kepala ni niat nak balik rumah saja masak terus. Lagipun hari pertama puasa kan. Niat nak masak macam-macam tapi terkandas dalam jam. Niat tinggal niat sajalah.


“Padahal tengah hari tu saya tengok video viral dekat TikTok resipi sayur kacang panjang ni. Kacang panjang goreng dengan telur dan ayam.


“Tapi masa lauk tengah masak dekat atas dapur azan pun dah berkumandang jadi tak sempat nak buka puasa elok-elok,” imbas Tasha yang bekerja sebagai eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat di Selangor.


Cerita Tasha yang sudah memasuki tahun ketujuh berumah tangga, sebelum ini, juga pada bulan puasa dia pernah membuang perut ikan bilis tetapi ketika itu suaminya memandu di sebelah.


Dalam pada itu, Tasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menitipkan pesan kepada orang ramai.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/30/164349b5jrxxw5ir7jz9ce.jpgmStar




“Sebagai ibu dan isteri yang bekerja, masa amat terhad. 6.30 pagi dah keluar cari rezeki. 7 malam baru sampai rumah kemudian tukar syif jadi ibu dan isteri pula. Bukan nak kata susah, cuma terkejar-kejar. Kalau ada masa terluang tu, memang kena guna sehabis mungkin.


“Bulan puasa, jam makin teruk. Tambah pula awal puasa, ramai terkejar-kejar untuk berbuka bersama keluarga tercinta. Bersabar sajalah mampu. Dari segi urusan kerja dan rumahtangga di bulan puasa, tiada beza. Cuma kena pandai bahagi masa.


“Jadi buat semua wanita especially yang bergelar ibu, tidak kira berkejaya atau suri rumah, kuatkan semangat demi keluarga. Memang mustahil untuk jadi yang sempurna. Tapi sekurangnya, kita mencuba jadi yang terbaik,” ujarnya menutupi kisah.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/30/164337swmqewnfwnr8mm2f.jpgmStar




Perkongsian Tasha juga meraih perhatian netizen setelah mendapat lebih 400,000 tontonan di TikTok.


Rata-ratanya terhibur dengan tindakan wanita ini yang dianggap mencuit hati.




Sumber: mStar

CatMiow Publish time 30-3-2023 08:05 PM

Pegang handpon bukan ke dah melanggar peraturan jalan raya?

rogayahtop Publish time 30-3-2023 08:38 PM

mengada2 nye lah. tak takut ke membahayakan diri sendiri, org lain nak bukak puasa jugakkalau tak sempat sgt tu singgah je lah kedai tapau bawak balik.

akak tiap2 hari balik lewat bulan pose ni mmg tiap2 hari jugaklq masak lebih masa sahur tu frozenkan siap2. dessert kuih je akak tak sempat nak buat beli je tp dah brp kali terkena kat bazaar ramdhan ni akak mmg beli gerai tepi jalan je dah .

SayaSayangMama Publish time 30-3-2023 10:56 PM

perempuan macamni lah, zaman skrg perempuan buat semua benda. klu dulu konon kata perempaun hamba suami, aku rasa zaman skrg lagi teruk. semua perempuan nk kena buat. tanpa sedar. lepas tu penat stress, jd gemuk buruk xpantang la xsenaman pastu laki salahkan prempuan semua benda.

padahal kereta bil api bil air nk share share dgn bini. pendidikan anak bini kena settle, hantar sekolah hantar taska bini kena berangkut, duit makan minum pun harap bini tanggung. laki tadah ko@& jelah. pastu salah kan perempuan bila tak layan laki mlm mlm. aku ckp nk sbb baca komen komen laki penunggang agamakt ig demi kes sarah , diana daniel, dan lain lain.

OyenLemas Publish time 31-3-2023 12:52 AM

kelakar pun ada. mengada batak konten pun ada

OyenLemas Publish time 31-3-2023 12:53 AM

SayaSayangMama replied at 30-3-2023 10:56 PM
perempuan macamni lah, zaman skrg perempuan buat semua benda. klu dulu konon kata perempaun hamba su ...

kahkah betul sesangat ni. perempuan zmn skang lg teruk kehambaannya

Weller Publish time 31-3-2023 07:18 AM

tangan sblah patahkan kacang, lagi sebelah pegang phone amik video, mata tah ke mana tengoknya, stereng guna dagu kot.....


safety first la mak oi.....


huhuhuhu

prettyuglybabe Publish time 31-3-2023 10:20 AM

demi nak viral..
langgar undang-undang pun takde fikir dah..

kucingitam Publish time 31-3-2023 11:11 AM

aku husnudzon je dia drive tesla.. tgn takyah pegang stereng

uda Publish time 31-3-2023 01:00 PM

Tengahari masa lunch break keluarlah beli makanan or order dengan grab or food panda sebelum balik.

syamzana Publish time 1-4-2023 10:15 PM

kucingitam replied at 31-3-2023 11:11 AM
aku husnudzon je dia drive tesla.. tgn takyah pegang stereng


tahap tertinggi punya husnudzon;P:lol:

_kelly Publish time 1-4-2023 10:36 PM

semoga kena saman

anony-mous Publish time 2-4-2023 01:08 PM

SayaSayangMama replied at 30-3-2023 10:56 PM
perempuan macamni lah, zaman skrg perempuan buat semua benda. klu dulu konon kata perempaun hamba su ...

Klau baca zmn nabi dlu, mcm prempuan duduk dlm rumah je. I bet zmn tu laki mesti kaw2 pulun tggungjawab. Zmn ni mmg xckup isteri duk rumah sesaja

kucingitam Publish time 3-4-2023 09:13 AM

syamzana replied at 1-4-2023 10:15 PM
tahap tertinggi punya husnudzon

hahah..bulan posa..husnudzon manjang

ezacbee Publish time 3-4-2023 12:13 PM

1 family montel2.

Sekarang medsos jadi tempat luahan perasaan, klo dulu tulis diary je. Senang tul netizen terhibur. :lol:

None68 Publish time 4-4-2023 06:31 AM

Semua benda nak record, aje sengal

aciksenah Publish time 4-4-2023 01:39 PM

CatMiow replied at 30-3-2023 08:05 PM
Pegang handpon bukan ke dah melanggar peraturan jalan raya?

Apa saja demi konten ;P

CatMiow Publish time 4-4-2023 03:55 PM

anony-mous replied at 2-4-2023 01:08 PM
Klau baca zmn nabi dlu, mcm prempuan duduk dlm rumah je. I bet zmn tu laki mesti kaw2 pulun tggung ...

Zaman dulu pun perempuan tolong juga, tapi dengan cara mereka la.

salimrock Publish time 13-4-2023 10:11 AM

erm, biasa je, tea lady opis aku buat time kerja, ok jah, tak viral pn, dari tahun 2003 dia buat

wirazam Publish time 23-4-2023 04:46 PM

Ini baru perangai b40 terpalingggg konten
{:gif_laughing:}
Pages: [1] 2
View full version: Dekat Pukul 7 Belum Sampai Rumah, Wanita 'Siang' Sayur Dalam Kereta Takut Lewat Masak Untuk Berbuka


ADVERTISEMENT