mattzzx Publish time 30-3-2023 04:36 PM

MotoGP: Marquez tetap berdepan hukuman

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/MARC-MARQUEZ-1.jpg
MARQUEZ tidak akan turun pada aksi GP Argentina nanti ekoran kecederaan, namun hukuman terhadapnya akan dikenakan pada perlumbaan seterusnya. – AFP


PORTUGAL – Hukuman penalti ‘double long lap’ yang dikenakan terhadap Marc Marquez tetap diteruskan selepas pelumba Repsol Honda tersebut kembali ke perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023.

Pelumba pasukan Repsol Hondaitu sebelum ini akur dengan denda yang dikenakan kepada­nya selepas melanggar Miguel ­Oliveira daripada pasukan CryptoDATA RNF pada Grand Prix (GP) Portugal di Litar Portimao, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Marquez yang dilaporkan mengalami retak pada tangan kanannya akibat insiden tersebut disahkan tidak turun mengambil bahagian menje­lang perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina pada hujung ming­gu ini.

“Selepas Marc Marquez (Repsol Honda Team) diumumkan terlepas perlumbaan GP Argentina disebabkan kecederaan, hukuman ‘double long lap’ tetap dikenakan pada perlumbaan pusingan ketiga di GP Americas.

“Mengikut Perkara 3.5.5 Peraturan Kejohanan Dunia Grand Prix FIM, keputusan telah diambil oleh panel FIM MotoGP selepas menilai Marquez terlalu agresif di selekoh 3 yang menyebab kemalangan ke atas ­Oliveira.

“Disebabkan Marquez tidak mengambil bahagian pada perlumbaan GP Argentina, hukuman tersebut tetap diteruskan sehingga pelumba Sepanyol tersebut kembali mengambil bahagian pada perlumbaan seterusnya,” kata FIM Steward dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Prinsipal Crypto­DATA RNF, Datuk Razlan Razali menggesa supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada mana-mana pelumba yang berlumba secara melulu kerana ia membahayakan pelumba-pelumba lain. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03/30/motogp-marquez-tetap-berdepan-hukuman/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Marquez tetap berdepan hukuman


ADVERTISEMENT