sfhzuraz Publish time 30-3-2023 02:06 PM

Jauteh galas tugas pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah

Jauteh galas tugas pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah


Juwan Riduan
am@hmetro.com.my




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm265jauteh_1680153368.jpg
TAN Sri Acryl Sani (tengah) menyaksikan penyerahan Nota Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah diantara Datuk Idris (kiri) dengan Datuk Jauteh di Auditorium, IPK Sabah hari ini. FOTO Mohd Adam Arinin



Kota Kinabalu: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang akan bersara wajib esok.
Majlis serah terima tugas antara Idris dengan Jauteh berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini dengan disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Sabah antara isteri Idris, Datin Suraya Zainal kepada isteri Jauteh, Datin Norhayatie Farhana Abdullah, yang akan memangku tugas berkenaan.
Idris menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah selama setahun enam bulan bermula 2 September 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.
Acryl Sani mengucapkan penghargaan kepada Idris yang berkhidmat selama lebih 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Beliau (Idris) memberi perkhidmatan yang terbaik sejak mula berkhidmat hingga bersara.
"PDRM mengucapkan selamat bersara kepada beliau (Idris)," katanya.
Pada masa sama, Acryl Sani yakin dengan pengalaman Jauteh, beliau mampu menggalas tugas yang diamanahkan dengan baik.
"Saya percaya dan yakin, Sabah berada di tangan pemimpin yang betul. Beliau (Jauteh) mampu menggalas tugas untuk menjaga keselamatan, keharmonian sosial dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya.
Sementara itu, ditanya berkaitan pelantikan Jauteh sebagai pemangku, Acryl Sani berkata, PDRM akan mengumumkan pelantikan rasmi individu yang akan mengisi jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah dalam masa terdekat.
"Untuk makluman, pada hujung minggu ini, akan diadakan mesyuarat oleh Pesuruhjaya Pasukan Polis yang akan membincangkan dan juga untuk memilih serta mengesyorkan nama-nama yang akan dipilih bukan sahaja di Sabah, bahkan juga di beberapa tempat lain.
"Calon (Pesuruhjaya Polis Sabah) ada beberapa nama yang dikemukakan dan dibincangkan dalam mesyuarat. Kita tunggulah apa keputusan mesyuarat itu," katanya.


Disiarkan pada: Mac 30, 2023 @ 1:16pm






sumber




Pages: [1]
View full version: Jauteh galas tugas pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah


ADVERTISEMENT