mattzzx Publish time 30-3-2023 11:54 AM

Mercedes nampak petanda baik di Australia

https://assets.bharian.com.my/images/articles/MOTOR-F1-AvvvUSTRALIA__1680141558.jpg
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton tiba di Litar Grand Prix Melbourne dekat Melbourne, Australia. - REUTERS

MELBOURNE: Bos Mercedes, Toto Wolff berkata pasukan itu sudah membuat proses "yang menjanjikan sesuatu" sejak dua Grand Prix awal musim ini dan mengharapkan mata berharga pada perlumbaan di Melbourne hujung minggu ini.

Di litar laju dekat Jeddah dua minggu lalu, ada petanda buat Mercedes yang berjaya mengatasi Ferrari dengan George Russell menamatkan aksi di tangga keempat manakala Lewis Hamilton kelima.

Ia adalah persembahan jelas selepas perlumbaan pembukaan musim di Bahrain ketika mereka gagal bersaing dengan Ferrari, Aston Martin atau pasukan juara, Red Bull.

Ketika pasukan berkenaan kekal di belakang Red Bull yang semakin dominan, Wolff berkata jentera W14 mereka semakin meningkat.



"Kemajuan yang kita dapat lihat di Arab Saudi sangat menggalakkan. Kami maksimumkan pakej dan kami perlu mendapatkan mata yang banyak," katanya hari ini.

"Lebih penting, kami terus belajar dan faham mengenai W14 dan arah pembangunan kami. Semua yang berada di pangkalan bekerja keras untuk menukar apa yang dipelajri ini kepada persembahan lebih baik."

"Petanda yang kami lihat di kilang menjanjikan sesuatu yang bagus," tambahnya.

"Kami perlu melaluinya selangkah demi selangkah dan tidak terlalu terbawa-bawa hingga kami melihat persembahan itu dibawa kepada catatan masa lebih baik di litar."

Mercedes menang lapan gelaran pengeluar berturut-turut sebelum Red Bull dimahkotakan tahun lalu.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton pula melalui aksi tanpa kemenangan paling panjang dalam kariernya yang sentiasa memecahkan rekod.

Wolff mengakui "jarak agak ketara" masih wujud antara Mercedes dan Red Bull "dan itu paling jelas apa yang kami mahu lakukan untuk mengurangkannya." - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/03/1083646/mercedes-nampak-petanda-baik-di-australia
Pages: [1]
View full version: Mercedes nampak petanda baik di Australia


ADVERTISEMENT