Raline Publish time 30-3-2023 07:24 AM

Syarikat Sani Express Dijangka Bakal ‘Memecahkan’ Monopoli Perkhidmatan Feri Ke Langkawi

https://www.thevocket.com/app/uploads/2023/03/Screenshot-2023-03-29-at-4.59.04-PM.jpg

Syarikat Sani Express Dijangka Bakal ‘Memecahkan’ Monopoli Perkhidmatan Feri Ke Langkawi

Sebut mengenai Sani Express pasti orang ramai cukup tahu tentang syarikat ini. Berjaya menawarkan perkhidmatan bas ekspres dalam tempoh yang panjang antara yang membuatkan syarikat ini dikenali. Lebih membanggakan, Sani Express berjaya muncul sebagai operator bas ekspress terbesar negara.

Terbaharu, selepas berjaya dalam industri bas ekspres, Sani Express Sdn. Bhd. dijangka bakal memecahkan monopoli perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi dalam tempoh terdekat.

Difahamkan perkara ini mampu dijayakan memandangkan Sani Ekspres sedia menawarkan feri altenatif yang dijangka dapat beroperasi menjelang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023 bermula 23 Mei ini.

Menerusi perkongsian Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM), Sani Ferry Sdn. Bhd dilaporkan sedang berusaha keras menyiapkan dua feri iaitu SANI 1 dan SANI 2 bagi memenuhi permintaah tinggi penumpang semasa LIMA berlangsung daripada 23 hingga 27 Mei ini.

https://www.facebook.com/JabatanLautMalaysia/posts/pfbid02tmRGPGXuu8rnu14Fp3ucFx97i3ZY1MkGBTs3e3NEenpXdBYVwNUUuJ8xkL7WkriRl

Untuk pengetahuan, Sani Ferry Sdn. Bhd sudah ditubuhkan seawal tahun 2016 di mana syarikat ini menawarkan feri yang mampu menampung 250 penumpang dalam sesebuah masa.

Mengulas mengenai LIMA, acara edisi ke-16 ini dijangka bakal menarik penyertaan 600 pempamer dari 30 buah negara dengan sasaran pemeteraian kontrak bernilai RM8 bilion serta menjemput 100,000 pengunjung.

SUMBER Careta
https://www.thevocket.com/syarikat-sani-express-dijangka-bakal-memecahkan-monopoli-perkhidmatan-feri-ke-langkawi/

Supersirap Publish time 30-3-2023 09:33 AM

Tahniah diucapkan

MissVixen Publish time 1-4-2023 12:11 PM

Jeti tu tak boleh dipanjangkan ke tengah beberapa km ke? Indon pun boleh buat jeti 2km panjangnya di sebatik. Boleh la ambil upah untuk hantar sampai hujung jeti.
Kau bagi banyak2 syarikat tapi semua feri tersadai bila air surut pun tak guna jugak. Sudahnya semua feri rosak.
Pages: [1]
View full version: Syarikat Sani Express Dijangka Bakal ‘Memecahkan’ Monopoli Perkhidmatan Feri Ke Langkawi


ADVERTISEMENT