CARI-MAL Publish time 29-3-2023 05:03 PM

Hafiz Mahamad Taja 10 Bas Untuk Orang Ramai Balik Beraya Di Kampung

Nama pempengaruh Hafiz Mahamad tidak asing lagi kerana sikap pemurahnya yang sering membantu golongan memerlukan.


Menerusi hantaran di IG storynya, Hafiz bakal menaja 10 buah bas kepada orang ramai untuk pulang beraya ke kampung masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/29/170153u09fzfhqww0z9h0c.jpgIG




Jelasnya, dia bersyukur kerana berpeluang membantu golongan memerlukan dan berharap orang ramai mendoakan agar rezekinya sentiasa diperluaskan Allah SWT.


Bukan itu sahaja, Hafiz turut memaklumkan sistem pengurusan bas bakal dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/29/170153o1gaeknjrg0aeemx.jpg



Malah, hanya pemandu bas berusia 40 tahun ke bawah dan mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dibenarkan membawa penumpang bagi menjamin keselamatan perjalanan.


Difahamkan, dia akan melawat stesen bas lama bersebelahan stadium Shah Alam yang merupakan lokasi untuk berkumpul bagi memantau keadaan di sana.




202303up_1680080650167




Sumber: OMM

tripleid Publish time 29-3-2023 06:48 PM

Wow bestnya.siap dpt bas seat 2+1 lagii...semoga murah rezeki awak:$

babelina Publish time 30-3-2023 09:16 AM

moga Allah melipat ganda kn rezki.. amin yra..
Pages: [1]
View full version: Hafiz Mahamad Taja 10 Bas Untuk Orang Ramai Balik Beraya Di Kampung


ADVERTISEMENT