Raline Publish time 29-3-2023 10:26 AM

Guna 10 Teknik Ini Cuci Kerang Sampai Bersih, Isi Pun Lebih Sedap!

Guna 10 Teknik Ini Cuci Kerang Sampai Bersih, Isi Pun Lebih Sedap!


https://media.siraplimau.com/2023/03/cara-basuh-kerang.jpg
Makan kerang memang sedap tetapi kalau salah cara basuh kerang memang akan mengambil masa yang lama untuk menghilangkan lumpur dan pasir yang melekat pada kulit kerang.

Antara petua biasa digunakan adalah dengan memberus kulit kerang tersebut tetapi agak remeh kerana memakan masa yang lama. Jadi, untuk menjimatkan masa, ini 10 teknik cara basuh kerang sehingga bersih. Guna bahan di dapur je. Mudah kan?

CARA BASUH KERANG GUNA 10 TEKNIK INI, LEBIH BERSIH & MUDAH

https://media.siraplimau.com/2023/03/cara-basuh-kerang.jpeg

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri. Rupa-rupanya ada petua mudah nak bersihkan kerang.

Cara 1

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Kulit kerang akan lebih bersih.

Cara 2

Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. Dengan cara ini isi kerang lebih enak dan mudah dicuci.

Cara 3

Gaul dengan daun ubi dan ramas-ramaskan.

Cara 4

Guna daun betik pun boleh. Caranya mudah sahaja sama seperti menggunkan daun ubi.

Cara 5

Gaul kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan biarkan selama satu hingga dua jam. Kulit kerang akan putih bersih.

https://media.siraplimau.com/2023/03/cara-basuh-kerang-1.jpeg

Cara 6

Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7

Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8

Rendam menggunakan asam keping pun boleh. Rendam selama setengah jam dan kerang akan menjadi lebih bersih.

Cara 9

Rendam kerang guna garam.

Cara 10

Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit.

Macam-macam cara boleh guna untuk bersihkan kulit kerang. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Shida Rahman
https://siraplimau.com/10-cara-basuh-kerang/

Coklatpanas Publish time 26-7-2023 05:27 PM

Banyak tips rupanya. Dulu2 masa kecik tengok nenek bersihkan guna batang pisang. Ada lg 1 tips yang i tengok dlm fb bersihkan guna ice

Lalacumil Publish time 26-9-2023 03:32 PM

lama btl xmkn kerang..cri merata xde,bkn musim kot :shakehead3:

dilaOHdila Publish time 27-9-2023 11:40 AM

Edited by dilaOHdila at 27-9-2023 11:42 AM

Lalacumil replied at 26-9-2023 03:32 PM
lama btl xmkn kerang..cri merata xde,bkn musim kot
Harga kerang mahei bebenor. sekilo kat pasor aritu 18 hinggit{:1_141:}
Kat Hero Bangi lau siput sedut boleh dapat harga murah lagi sepack 7 & 8 hinggit pun ada.

Lalacumil Publish time 27-9-2023 12:06 PM

dilaOHdila replied at 27-9-2023 11:40 AM
Harga kerang mahei bebenor. sekilo kat pasor aritu 18 hinggit
Kat Hero Bangi lau siput sed ...

pasor mane tu?nk pg cri la nnt..kite xmkn siput sedut,huhu

dilaOHdila Publish time 27-9-2023 12:11 PM

Lalacumil replied at 27-9-2023 12:06 PM
pasor mane tu?nk pg cri la nnt..kite xmkn siput sedut,huhu

pasor bandar baru bangi. Kita panggil pasor sayur kat seksyen satu. Kena pi awei tau. Sambil tu
boleh sarap kat situ{:1_141:}

Lalacumil Publish time 27-9-2023 12:19 PM

dilaOHdila replied at 27-9-2023 12:11 PM
pasor bandar baru bangi. Kita panggil pasor sayur kat seksyen satu. Kena pi awei tau. Sambil tu
b ...

baiklah,nnt kite try cari :lol: sarap kt mane yg best area bangi tu? sllu pg mkn laksa je klu ke sana ;P

dilaOHdila Publish time 27-9-2023 12:56 PM

Lalacumil replied at 27-9-2023 12:19 PM
baiklah,nnt kite try carisarap kt mane yg best area bangi tu? sllu pg mkn laksa je klu ke s ...

kat pasor tu masuk je kat pagor tu sebelah kanan ada ZNI. situ macam macam ada. Kat bhg tengah ada Mee sup Kak Kiah Padu{:1_141:}
Ada roti Canai Kak Fadilah Ujung Tu plak Roticanai AbgDeen & Mimah. Ada macam macam lah haih;P

Lalacumil Publish time 27-9-2023 02:19 PM

dilaOHdila replied at 27-9-2023 12:56 PM
kat pasor tu masuk je kat pagor tu sebelah kanan ada ZNI. situ macam macam ada. Kat bhg tengah ada ...

nnt kite try pg ;P

haprak4042 Publish time 30-9-2023 07:45 PM

ghupenye ade tips..penat cari kat tiktok..

kerang ni kalau tumis dengan serai,bawang phtih,cili and halia lepas tu buh air sikit bg dia masak..

perghh ratah gitu jaa..niqmatttt

{:8_654:}

Mamason Publish time 26-11-2023 09:08 AM

Teman kena lupakan kerang and seafood.Sinusitis teman melampau beno teruknya lately... Ate, mmg kena pantang teruih dah le benda2 laut gini... Udah le sedap beno yek hahaha xpe lah.. teman tengok aje le kome makan.

C-ra Publish time 29-11-2023 10:12 AM

Masa kecil2 dulu selalu tgk mak basuh dgn air beras + garam kasar sikit....

Sedapnya sambal tumis kerang, tp skang ni kerang mahal nau dh le tu, kecik je...bila menyambal langsung x nampak dh kerang tu...

msdummy.2018 Publish time 9-12-2023 01:29 AM

I pernah guna num2 sb bnyk sgt kerang...tp xpernah guna num1..nk try lah.. kalo kerang sikit jer i basuh pakai berus gigu jer..

Btw air basuhan kerang jangan dibuang kalo korang ada tanam bunga...i curah kat pokol bunga..naik gemok2 pokok2 bunga

Guli Publish time 21-1-2024 12:07 AM

Tipsmenarik
Pages: [1]
View full version: Guna 10 Teknik Ini Cuci Kerang Sampai Bersih, Isi Pun Lebih Sedap!


ADVERTISEMENT