Raline Publish time 29-3-2023 10:08 AM

Haram ubah wajah, jangan terikut hasutan iblis

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/LEAD-mufti-1536x1229.jpg
MELAKUKAN pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dilarang keras dalam agama Islam. – GAMBAR HIASAN

Haram ubah wajah, jangan terikut hasutan iblis

GEORGE TOWN – Trend me­ngubah bentuk wajah dengan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, kelopak mata, bibir termasuk mendapatkan suntikan pemutihan kulit adalah haram di sisi Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, ia termasuk dalam tindakan mengikut hawa nafsu.

Katanya, perbuatan itu dila­rang keras oleh syarak dan semata-mata mengikut hasutan Iblis seperti difahami daripada ayat 119 surah al-Nisa’.

“Perhimpunan Fiqh (Majma’ Fiqh) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi menyatakan haram melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan diri sehingga mengubah ciptaan Allah.

“Selain itu, mengubah rupa bentuk wajah secara keterlaluan seperti membesar atau mengecilkan hidung, bibir, mulut, memperluas pelupuk mata, me­raut bulu kening dan sebagainya dianggap sebagai sejenis peni­puan,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, pada masa kini, trend mengubah wajah bukan sahaja dilakukan golongan berduit, malah ia kini menjadi ikutan dalam kalangan suri rumah Islam yang sanggup menggunakan wang simpanan untuk kelihatan cantik bagi me­ningkatkan keyakinan diri.

Dalam pada itu, menurut Wan Salim, suntikan bagi mendapatkan kulit wajah serta badan yang putih juga termasuk dalam pengertian mengubah kejadian Allah kecuali disapu bedak.

Tambahnya, ada pembedahan dibenarkan seperti membuang lebihan daging pada muka atau tahi lalat yang menyebabkan seseorang malu berdepan dengan orang ramai.

“Jika membuat pe­ngubahan kecil seperti meluruskan bulu kening atau membuang jerawat atau jeragat di muka, tidak dilarang dalam agama,” ujarnya.



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03/29/haram-ubah-wajah-jangan-terikut-hasutan-iblis/

Pages: [1]
View full version: Haram ubah wajah, jangan terikut hasutan iblis


ADVERTISEMENT