mattzzx Publish time 28-3-2023 10:13 AM

Marquez terlepas GP Argentina selepas pembedahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-MOTO-PRIX-POR_1679968819.jpg
MARQUEZ patah tangan kanan selepas terjatuh di pusingan ketiga GP Portugal, Ahad lalu. FOTO AFP

Paris: Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez terlepas perlumbaan di Grand Prix (GP) Argentina, Ahad depan, selepas menjalani pembedahan tangan kanan, umum penganjur kejohanan, hari ini.

Penunggang Sepanyol berusia 30 tahun itu mengalami mimpi ngeri apabila terbabit dalam kemalangan di perlumbaan pembukaan musim di GP Portugal, Ahad lalu.

Sekalipun bermula di petak utama, dia tersingkir awal akibat kemalangan itu yang menyebabkan tulang tangan kanannya patah selain dikenakan penalti tambahan masa.

Dia melanggar penunggang kegemaran tuan rumah, Miguel Oliveira di pusingan ketiga dan disambut dingin oleh penyokong apabila kembali ke pit sebelum kemudian bergegas ke garaj penunggang KTM itu untuk meminta maaf.

"Marc Marquez dan pasukan Honda Team yang muncul juara dunia lapan kali (selain enam gelaran MotoGP, dia turut menang gelaran Moto2 dan 125cc) akan terlepas perlumbaan berikutnya untuk fokus kepada pemulihan dan hadir semula pada perlumbaan berikutnya dalam keadaan terbaik," umum MotoGP dalam satu kenyataan.

Kecederaan itu adalah tamparan terbaru kepada Marquez, yang menjalani empat pembedahan sejak kemalangan di GP Sepanyol pada 2020.

Oliveira turut diumumkan tidak dapat berlumba di Argentina susulan kemalangan itu.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/03/950358/marquez-terlepas-gp-argentina-selepas-pembedahan
Pages: [1]
View full version: Marquez terlepas GP Argentina selepas pembedahan


ADVERTISEMENT