Raline Publish time 25-3-2023 09:29 AM

Kegagalan Aaron-Wooi Yik di Eropah memalukan

Kegagalan Aaron-Wooi Yik di Eropah memalukan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/160322ar_1679651728.jpg
Aksi beregu negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik pada aksi Seluruh England di Birmingham minggu lalu. - Foto EPA.


KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyifatkan kegagalan pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam tiga kejohanan di Eropah sebagai memalukan.

Selepas kecundang di pusingan awal Terbuka Jerman dan Seluruh England, pasangan nombor dua dunia itu sekali lagi ditimpa malang apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Switzerland di Basel, malam tadi.

Mereka sekali lagi tewas kepada beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-17, 16-21, 17-21, lawan sama yang menyingkirkan mereka pada pusingan kedua Terbuka Jerman, dua minggu lalu.

Minggu lalu, Aaron-Wooi Yik ditunjukkan jalan keluar pada pusingan pertama Seluruh England di Bermingham selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Rexy berkata sebagai juara dunia, keputusan yang dihasilkan Aaron-Wooi Yik dalam Jelajah Eropah kali ini sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Saya tidak tahu apa hal yang terjadi dalam otak mereka untuk Jelajah Eropah ini, hasil mereka hanya pusingan kedua.

"Mereka pula hanya menang lawan yang berada di ranking bawah mereka…sebagai juara dunia, ini sangat memalukan. Saya harap mereka juga berasa malu.

"Kalau lihat ranking, mereka sekurang-kurangnya harus mara sehingga ke final. Namun, pemikiran mereka masih merasakan sebagai juara dunia sekali gus masih 'enjoy' sebagai juara dunia," kata Rexy.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik masih belum merekodkan sebarang gelaran juara musim ini dengan pencapaian terbaik adalah muncul naib juara Terbuka India, Januari lalu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/03/1081342/kegagalan-aaron-wooi-yik-di-eropah-memalukan

Pages: [1]
View full version: Kegagalan Aaron-Wooi Yik di Eropah memalukan


ADVERTISEMENT