CARI-MRO Publish time 24-3-2023 12:43 PM

Yakin Nak Baiki Sendiri, Siap Minta Cuti Kerja "Sekarang Paip Dapur Bocor, Paip Luar Pun Bocor, Tengah Tunggu Pomen"

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Dr Zaid Zolkipli berkongsi kisah di mana paip dapur rumahnya bocor.


Katanya dia terpaksa mengambil cuti berikutan kejadian tersebut.


"Paip dapur bocor. Ambik cuti, beli barang dekat Mr DIY. Potong T junction kat luar, pasang stopper. Semua benda ni boleh buat sendiri je," tulisnya di Facebook.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/24/124329x13f14919j527235.pngFoto: FB





Namun Dr Zaid berkata dia boleh membaiki paip tersebut dengan memotong T junction yang berada di luar.


Namun begitu, netizen terhibur apabila Dr Zaid berkata kedua-dua paip tersebut turut bocor dan dia memerlukan bantuan tukang paip yang bertauliah untuk datang membantunya.




https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1638148724441645061


"Alhamdulilah sekarang paip dapur bocor, paip luar ni pun bocor. Tengah tunggu ‘pomen’ ‘(tukang baiki) bertauliah datang repair."


Perkongsian ini tular dan mendapat reaksi orang ramai yang juga pernah berhadapan dengan pengalaman yang sama. -CARI

prettyuglybabe Publish time 24-3-2023 12:48 PM

macam ni pun boleh buka thread ke?
Pages: [1]
View full version: Yakin Nak Baiki Sendiri, Siap Minta Cuti Kerja "Sekarang Paip Dapur Bocor, Paip Luar Pun Bocor, Tengah Tunggu Pomen"


ADVERTISEMENT