pearl.silver Publish time 23-3-2023 02:13 AM

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN [HISYAM HAMID, JANNA NICK]

Edited by eddlisa_uyuk at 19-4-2023 08:12 AM

Bukan Puteri Lindungan Bulan
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Annie Mosha, Nizam Kama, Danish Iskandar

Watak Pelakon
Janna Nick sebagai Larasati Aisya
Hisyam Hamid sebagai Zafir
Amar Baharin sebagai Zakuan
Niena Baharun sebagai Farah
Afifah Nasir sebagai Sabrina
Shah Iskandar sebagai Lukman
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

Sinopsis Bukan Puteri Lindungan Bulan
Memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya (Janna Nick).

Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.

Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya.

Perkahwinan abangnya, Lukman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ.

Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (Hisyam Hamid).

. . . . .

Larasati Aisya yang juga dikenali sebagai Puteri terpaksa meninggalkan sekolah undang-undang demi mengurus perniagaan arwah bapanya. Lara tidak menyukai isteri abangnya Lukman, Sabrina yang mengambil kesempatan atas kekayaan keluarga.

Nasibnya berubah apabila dirogol oleh Zakuan, tetapi teman lelakinya Zafir tetap mengahwininya kerana cinta. Ini menjadi lebih rumit apabila Lara mengandung dan Zafir ragu-ragu dengan status anak itu, mendorongnya untuk mengahwini Tengku Farah tanpa kebenarannya. Farah mengawal Zafir dan anak-anak mereka dipisahkan dari Lara. Lara kini mesti tabah dalam mencari anak-anaknya.

************

Dah ada belum tred drama ni?
Sapa layan novel ni dulu
Yg i ingat novel dia tebal nk mampus
Pastu storyline sedih benor hidup si lara tu
Tp x ingat ending dia, rasa bukan ending yg happy ever after gitu
Masalah skang dgn drama ni, pelakon x ngam pulak. :mad:

Perawankota Publish time 23-3-2023 06:04 AM

So memang sebijik dalam novel ke ni

pearl.silver Publish time 23-3-2023 07:02 AM

Perawankota replied at 23-3-2023 06:04 AM
So memang sebijik dalam novel ke ni

Xtau la.. baru tayang berapa eps je.. tp jana gemuk dlm drama ni. Turn off sikit.

krustykrab Publish time 23-3-2023 08:14 AM

Gemuk betul janna dlm citer ni..patut la dpt slot pukul 10. Terganggu jgk tgk heroin muka comel dah tp sihat sgt.

shortlistdubai Publish time 23-3-2023 03:15 PM

Whether you are looking for something simple to wear reliably or something more luxurious, Dubai brings an extraordinary arrangement to the table with respect to gold diamonds.this website Beside this, coming up next are 5 clarifications behind expats to buy gold in Dubai.

Perawankota Publish time 23-3-2023 03:47 PM

pearl.silver replied at 23-3-2023 07:02 AM
Xtau la.. baru tayang berapa eps je.. tp jana gemuk dlm drama ni. Turn off sikit.

Tak tgk lagi sebab dok layan Andai itu takdirnya.. Anyway smpi sekarang tak leh hadam bila Penulis letak nama watak heroin tu dah mcm Indonesia punya nama je...

pearl.silver Publish time 23-3-2023 09:40 PM

krustykrab replied at 23-3-2023 08:14 AM
Gemuk betul janna dlm citer ni..patut la dpt slot pukul 10. Terganggu jgk tgk heroin muka comel dah...

40 episod plak..klu watak utama cun melecun sdp gak

krustykrab Publish time 23-3-2023 09:42 PM

Perawankota replied at 23-3-2023 03:47 PM
Tak tgk lagi sebab dok layan Andai itu takdirnya.. Anyway smpi sekarang tak leh hadam bila Penulis ...

Maknye indon yg dtg malaysia naik tongkang lps tu goda laki org kot:lol:

nellyberry Publish time 28-3-2023 08:41 AM

Setakat ni Hannah Delisha, heroin yg cun.

bynroslan Publish time 28-3-2023 09:22 AM

Liana Afiera Malik penulis novel ni, rupanya dah meninggal tahun 2011. Memang tebal gila novel dia, ending pun tak berapa ingat dah sebab dah lama sangat iols baca zaman sekolah2 lagi hehe
Novelist ni ada novel bersiri Yo-Yo, kembar nama sorang yohanna sorang yohanni. Rindunya nak baca novel:D


freyayong Publish time 5-4-2023 02:38 PM

iols turn off nak tgk drama ni sebab heroin janna nick. frust betul sbb ni novel fav kot zmn sekolah dulu. siap 2x baca...

aah Liana Afiera Malik dah meninggal dunia... iols pun ad abaca yohanna yohanni tu.. hihi

takayama Publish time 8-5-2023 03:10 PM

Tgk cerita ni pun on off, awatnya JN kembang sungguh xde ke heroin lain production nak amik. Klu JN tu kurus sikit okaylah ni ayoyo dgn yg jd Tengku Farah pun cam x berseri makin malap cerita tu
paling kaka rs geli ms si ammar bahrin menyengih ms kt club malam tu, sungguh rs.geli geleman

sheme Publish time 12-5-2023 11:08 PM

Niena baharun tu kenapa ye kulitnyaputih mcm tu?menakutkan.Rasaanya masa drama kapten mukhriz dulu2 tak la putih mcm tu

pearl.silver Publish time 13-5-2023 12:25 AM

sheme replied at 12-5-2023 11:08 PM
Niena baharun tu kenapa ye kulitnyaputih mcm tu?menakutkan.Rasaanya masa drama kapten mukhriz...

Byk drip vit c kot
Xpun dia ada endorse produk timbang kilo
Sendu sgt dia ni. Xpenah masuk bod gosip
Pages: [1]
View full version: BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN [HISYAM HAMID, JANNA NICK]


ADVERTISEMENT