mattzzx Publish time 21-3-2023 12:15 PM

F1: Red Bull kuasai saingan GP Arab Saudi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/SERGIO-PEREZ.jpg
PEREZ yang memulakan perlumbaan di petak hadapan berjaya mengekalkan aksi untuk muncul juara pada GP Arab Saudi di Jeddah awal pagi semalam. – AFP



JEDDAH – Pelumba pasukan Red Bull, Sergio Perez meraih kemenangan pertama musim ini selepas memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche awal pagi semalam.

Meskipun berdepan cabaran rakan sepasukan, Max Verstappen pada penghujung perlumbaan, namun pelumba dari Mexico itu tetap tenang sebelum kedua-dua pelumba memastikan kemenangan 1-2 buat Red Bull.

Perez berkata, dia hampir hilang peluang untuk memenangi perlumbaan tersebut kerana menganggap kereta keselamatan mengganggu perlumbaan, namun dia tetap dapat bertahan sehingga ke garisan penamat.

“Kereta keselamatan sekali lagi cuba merampas kemenangan saya di sini, tetapi saya tidak benarkan mereka lakukannya. Tahun lepas saya cuba menang di litar ini, namun tidak berhasil, hari ini (semalam) saya berjaya lakukannya.

“Secara jujur, ia satu perlumbaan yang sangat sukar. Bagaimanapun, pasukan sudah lakukan tugas cukup baik meskipun kami berdepan banyak masalah teknikal sebelum hari perlumbaan,” katanya.

Mengiringi Perez dan Verstappen di podium selepas perlumbaan tersebut adalah pelumba berpengalaman dari pasukan Aston Martin, Fernando Alonso yang menamatkan saingan di tempat ketiga.

Sementara itu, Verstappen menyuarakan kekecewaan terhadap pasukan memandangkan masalah teknikal yang dihadapi pada sesi kelayakan menyebabkan dia terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-15, sekali gus menggugat peluang untuk menang. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03/21/f1-red-bull-kuasai-saingan-gp-arab-saudi/
Pages: [1]
View full version: F1: Red Bull kuasai saingan GP Arab Saudi


ADVERTISEMENT