Raline Publish time 21-3-2023 10:36 AM

Risau Bila Puting Payudara Bertukar Warna Gelap? Rupanya Ada Banyak Jenis & Warna!

Risau Bila Puting Payudara Bertukar Warna Gelap? Rupanya Ada Banyak Jenis & Warna!

https://media.siraplimau.com/2023/03/puting1.jpg
“Aik? Kenapa warna puting payudara aku ni tiba-tiba macam gelap je? Warna puting normal apa eh?”

Mungkin setiap kali mandi, pasti anda akan melihat jika ada apa-apa perubahan pada badan dan tertarik pula dengan perubahan warna puting payudara. Jika dibandingkan dengan sebelum ini, warnanya seperti merah jambu dan kini menjadi sedikit gelap. Mengapa perkara tersebut berlaku dan adakah ia selamat?

Malah, ramai juga dalam kalangan wanita yang tidak tahu bahawa selain warna boleh berubah, puting payudara bagi setiap wanita juga ada pelbagai jenis! Kalau nak tahu anda berada di kategori mana, jom kita baca penerangan di bawah.

PUTING PAYUDARA BERUBAH WARNA? APA WARNA PUTING NORMAL?

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-8.21.54-PM.png
Tahukah anda bahawa warna puting payudara akan berubah dan bertukar mengikut perubahan hormon badan? Ini juga termasuk ketika anda sedang hamil atau menyusukan anak, bukan sahaja warna berubah malah saiz dan tekstur puting payudara pun akan berubah.

Menurut Dr Bindiya Kukreja, Gynecologist dari Delhi menerusi HealthShots, walaupun disebabkan faktor hormon, pembedahan payudara, kehilangan berat badan serta proses penuaan membuatkan saiz dan warna puting berubah, perkara ini tidak menjadi kerisauan ramai.

Bahagian yang dipanggil ‘areola’ selalunya akan lebih berwarna gelap dari kawasan luas puting. Bergantung juga kepada warna kulit anda, warna puting selalunya akan dari warna merah jambu sehingga coklat gelap. Jangan risau kerana warna asal puting akan kembali apabila anda selesai berpantang hamil.

Namun, perlu diingatkan bahawa anda perlu SEGERA jumpa pakar jika warna puting bertukar kepada warna merah atau ungu dan beserta kekeringan kulit, serta gatal-gatal.

BENTUK-BENTUK PUTING PAYUDARA

1.Menonjol

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.39.56-PM.png

Puting yang menonjol ialah puting yang timbul beberapa milimeter di atas permukaan areola dan menghala ke arah luar. Apabila sejuk atau dirangsang, puting boleh mengeras dan menjadi lebih jelas.

2.Flat/ Rata

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.40.39-PM.png

Keseluruhan puting rata dan kekal separas dengan areola dan tiada apa-apa benjolan. Seperti puting yang menonjol, puting yang rata mungkin mengeras dan menjadi lebih jelas apabila sejuk atau dirangsang.

3.Puffy

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.41.15-PM.png

Keseluruhan areola dan kawasan puting kelihatan seperti timbunan kecil di atas payudara, nampak seolah-olah kembung. Puting boleh mengeras dan menjadi lebih jelas apabila sejuk atau dirangsang.

4.Terbalik

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.41.50-PM.png
Puting terbalik ini nampak seperti ditarik masuk ke dalam. Kadang-kadang, anda boleh menggunakan jari anda untuk mengeluarkannya, tetapi kadang-kadang, otot terlalu tegang.

5.Terbalik sebelah sahaja

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.42.26-PM.png
Satu puting naik dan terkeluar, manakala satu lagi termasuk ke dalam. Jika anda mempunyai puting ‘terbalik unilateral’, itu adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika ini adalah perkembangan baru (dulu puting anda kedua-duanya sama dan kini satu terbalik dan satu lagi terkeluar), ia mungkin tanda kanser payudara, jangkitan, atau kecederaan, menurut Cleveland Clinic. Jadi buat temujanji untuk berjumpa doktor anda.

6.Ada benjolan

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.42.59-PM.png
Selalunya terdapat benjolan pada areola yang mengelilingi puting. Benjolan ini dipanggil kelenjar Montgomery dan kadangkala boleh kelihatan seperti bintik putih.

7.Berbulu

https://media.siraplimau.com/2023/03/Screenshot-2023-03-20-at-7.43.29-PM.png

Ini pun ada? Ya, bulu-bulu hitam liar yang tumbuh dari kawasan areola adalah perkara biasa. Setiap orang mempunyai folikel rambut, tetapi sesetengah orang lebih berbulu daripada yang lain.

Ia mungkin halus atau kasar, dan selamat untuk mencabutnya dengan pengepit. Namun, harus berhati-hati kerana bahagian kulit sangat sensitif di bawah kawasan tersebut.

*Menurut pakar juga kalau anda tercari-cari warna lipstick yang ‘nude’ untuk bibir, tengoklah warna puting anda untuk dapatkan padanan yang sesuai! Jangan selak baju di kawasan awam pula ye!

Sumber: Healthshots, Allure, VeryWellHealth
https://siraplimau.com/warna-puting-payudara/


AbukRokok Publish time 21-3-2023 10:38 AM

suka kale pim

ifanonline Publish time 22-3-2023 02:40 PM

pakar puting is here
Pages: [1]
View full version: Risau Bila Puting Payudara Bertukar Warna Gelap? Rupanya Ada Banyak Jenis & Warna!


ADVERTISEMENT