oyentommy Publish time 20-3-2023 09:38 AM

Mangsa buli family since kecik

Edited by oyentommy at 20-3-2023 10:01 AM

skrg ni tgh famous cerita high council dgn the glory
tetibe flashback teringat aku selalu juga dibuli. tapi bukan dgn kawan, dgn family aku sendiri. sakit sgt rasanya smpai ke harini

aku paling bongsu dlm adik beradik. selalu sangat jadi mangsa kena marah, maki hamun, sepak terajang, dll dri kecik
ya, mak ayah klau marah libat fizikal pukul2 n maki2. adik beradik kalau gaduh pun sama libat fizikal dgn mencarut
paling sakit hati bila kita gaduh dgn sulung, nanti dia ajak adik beradik lain pakat sisihkan n cerca aku mcm2
aku takkan lupa semua tu

aku pernah jadi mangsa sexual harassment ayah aku sendiri masa kecik
aku tahu benda ni salah pun masa aku dah besar (aku sedar masa aku 20an, skrg dah 30an)
masa aku kecik n remaja aku mmg tak tahu benda tu salah sbb yelah belum matang lgi
skrg dia pun dah dpt balasan, sakit jdi sayur. lama pula tu, tak mati2. kawan2 sebaya dia ramai dah pergi tpi dia ni liat betul
tu pun time sakit suka maki2 anak bini, tak sedar diri oku


mak aku suka kutuk aku tak cantik dri kecik. klau orang puji aku ke apa msti dia mcm tarik muka. ada rupanya mak perangai dengki dgn anak sndiri
pernah mak aku puji sorang pompuan kt kenduri ni cntik tinggi putih. pastu pegi compare dgn aku cakap aku ada semua tu? aku rasa mcm bodohnya mak aku ni buat cmni. puncanya sblum tu ada kawan2 mak aku kata aku cantik manis kurus. sbbtu je dia boleh trigger nak rendahkan self esteem aku
banyak lgi benda dia buat kt aku, pilih kasih dgn anak2. sakit sgt hati ni. nape lah aku dapat mak ayah toxic cmni

ada satu hari, aku mintak tolong abang aku belikan makanan sbb tak larat keluar. masatu aku mengandung. tetibe dia maki aku kata pegi matilah dgn anak ko punya lapar. aku sedih nangis tk henti2 kat bilik n aku doakan dia suwey. tak lama pastu dia accident patah kaki tangan. aku tahu benda ni salah, tpi aku happy dia ditimpa celaka. haritu dia gaduh dgn aku, dia pergi jerit kat anak aku. apa salah budak tu? dia bayi lgi xtau apa. aku pantang org buat kt anak aku. pstu dia kata klau tak boleh sentuh anak, dia nk pukul aku. aku harap sgt dia mati cepat dan takde sape nk kahwin dgn dia sbb takut anak bini jdi punching bag

kakak aku sorang pulak, dia sgt2 panas baran. mak ayah aku pernah konon berubat kampung jumpa bomoh minta air penawar lembutkan hati anak. tak jdi pape pun. pdhal sikap panas baran ni dri domestik n menurun dri parents tu sendiri
dia pernah gaduh dgn aku kdg sebab benda remeh je. ada pernah dia gaduh dgn aku sbb rebut remote tv nk tengok drama pdhl aku tgh syok2 tengok tv ni, dia ngamuk2 maki aku sampai sekampung dengar. aku tak tahan kena pijak maruah aku cmtu since kecik, so datang kekuatan aku utk lawan dia time tu. dia cakap nak bunuh aku n dia doa aku kena r**e tepi jalan dgn laki jahat (time aku taip ni mmg bergenang air mata terigat darah daging sndiri snggup doakan aku cmni). aku doa kt Allah biar dia xde keturunan. smpai skrg dkt 5 tahun dia kahwin xde anak n pernah kena cyst. aku harap satu hari nnti dia kena cerai, mmg lgsg tkde keturunan, jatuh sakit teruk, duit saving xde sbb aku sgt33 benci dia. banyak benda yg dia buat kat aku dri kecik sampai kebesar ni aku jadi mental. dia pun pernah maki hamun baby aku dpn aku, mmg smpai skrg aku tak akan maafkan dia walau apapun

family mertua aku pun ada problem sndiri, pernah buli aku. tapi dorang dah dapat karma dorang pun.

aku harap 1 hari nanti aku ada kekuatan utk tinggalkan rumah ni sbb aku nak elak anak aku hidup dlm cycle yg sama pernah aku hadap. aku cuma bertahan sbb aku buat bakti dgn makpak aku even sakit hati selalu teringat apa dorang buat kt aku time kecik.
aku baru sedar bila aku muhasabah diri, nape perangai aku ni annoying, cepat marah2, tak sabar, suka maki2, lemah semangat, takde konfiden, cepat nervous
rupanya buli tu bagi kesan SANGAT2 MENDALAM kat personaliti n mental aku smpai aku dewasa ni. susah sgt nak ubah semua ni. smpai skrg family aku tak pernah mintak maaf dgn aku sbb dorang rasa aku kecik aku patut mengalah n perasaan aku tk penting pun... ya allah sedih sgt aku time type ni. dorang anggap benda mcmni normal dlm tiap family kot
aku tahu kt luar sana mesti ada yg pernah experience benda sama mcm aku kn? yg sulung kena buli dgn adik beradik lgi bawah pun banyak..



pls everyone treat people with kindness. dont encourage bully. say NO to BULLY. doakan aku kuat semangat utk melangkah dari semua ni dan dapat kecapi bahagia sendiri ya......





oyentommy Publish time 20-3-2023 10:05 AM

Edited by oyentommy at 20-3-2023 10:07 AM

family aku klau bergaduh x pernah minta maaf, cakap sayang directly ke apa sbb makpak x pernah ajar kami cmtuu..
jadi masing2 ego dan hidup pentingkan diri membawa smpai ke besar

aku pernah tanya Allah nape aku dilahirkan dlm family mcmni. kan bagus klau aku tak dilahirkan lgsg dlm dunia ni hanya utk menderita. jeles tengok ada family bahagia napelah family aku mcm 69

kdg suicidal thought tu ada datang tpi aku abaikan sbb takut mati. dah la tak banyak pahala lgsg agaknya :'(

airmineral Publish time 20-3-2023 04:39 PM

ko xpnh tny ke kt mak ayah ko kenapa suka maki² dan buli ko?
pastu da tau toxic dan efek mental, kenapa masih pilih nak hidup dlm keluarga mcmtu dgn alasan nak berbakti pada ibubapa? spouse ko mana? xtakut ke anak ko nnt tiru perangai toksik tu?

prettyuglybabe Publish time 20-3-2023 05:12 PM

dek, tak duduk serumah pun boleh je berbakti pada orang tua..
and kata nak berbakti tapi kat sini u mengata mak bapak u..
i guess u yang toxic sampai family mertua pun u ngata membuli u..
mana laki u?
beliau tak mampu provide ke sampai u kena tinggal beramai-ramai dengan family u yang u kata toxic tu kat rumah mak bapak u?
sampai nak beli makanan pun kena suruh your brother yang pergi..
ajak la your husband pindah dari rumah mak bapak tu..
bina kehidupan u laki bini dengan anak-anak..
pindah la cari bahagia u sebelum terlambat..

sarahmirza Publish time 20-3-2023 05:19 PM

Berapa umur TT ye?
Kalau dah tau family toksik, pindah jauh2 tak payah jumpa depa lagi...

I ada kawan yang sampai cerai dengan suami sebab ketoksikan dan kejahilan keluarga sebelah suami dia...
Padahal dia dengan suami takde pun masalah tapi sebab toksik dan jahil sangat, dia sanggup cerai semata2 nak jauhkan anak2 dia dari environment toksik tu...

Loh_83 Publish time 22-3-2023 03:05 PM

yup TT, keluar dulu dari environment tu & bina hidup u sendiri dengan keluarga kecil u..

Bimbing anak u elok2 ...

NurAlia14 Publish time 22-3-2023 11:25 PM

Ni la mentallity mcmana bini takut jatuh derhaka lawan laki, mcm tu jgk anak tkut jatuh dehaka lawan mak ayah…wlupn both toxic

green~tea Publish time 26-3-2023 11:34 AM

Pindah le tempat lain. Bina hidup sendiri... doa puak2 toxic tu jadi matang.

Purplehaz Publish time 4-5-2023 05:48 PM

Kesiannya kisah hidup u.
Tabah ya..u anggap ni ujian dari Allah.

Pindah rumah, kalau boleh berjauhan dari family yg mcm tu..doakan mereka byk2 agar dpt hidayahNya.
Boleh balik jumpa tapi sekejap a day enough. Kalau nk berbakti, kirim duit, ubat atau food utk mereka. Tak silap I dlm Islam pun ada beritahu kalau dekat asyik bergaduh, maka afdalnya berjauhan.
U dan suami dan anak2 selalu lah pergi bercuti mkn angin. And most important jgn layan anak2 you mcmane yg you pernah hadapi k.Ingat Allah selalu dan mengadu padaNya.
I doakan u bahagia.

ninja boy Publish time 6-5-2023 10:40 PM

Ini dna genetik panas baran gaduh2 toksik mengalir ke keturunan. Sila keluar rumah bina hidup tempat lain dikelilingi org yg bagus2, perangai buruk baran itu bawak2 slow2 Ianya bukan senang merepair dna genetik famili toksik
Pages: [1]
View full version: Mangsa buli family since kecik


ADVERTISEMENT