Raline Publish time 20-3-2023 08:20 AM

Gaya rambut ala oppa paling popular, jadi pilihan murid lelaki

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/gunting-rambut.jpg?v=1679218088

SARIZAL sibuk memotong salah seorang pelanggannya yang merupakan pelajar sekolah di kedai guntingya di George Town semalam.

Gaya rambut ala oppa paling popular, jadi pilihan murid lelaki

GEORGE TOWN – Potongan rambut gaya jejaka Korea iaitu ‘taper two block’ dikatakan menjadi pilihan majoriti pelajar sekolah rendah dan menengah kali ini sebagai persiapan hadir ke sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula semalam.

Mereka memilih menggayakan rambut terbelah bahagian hadapan dan nipis di tepi itu supaya tampak lebih segar selain tampil bergaya dengan persalinan serba baharu.

Pengusaha MJ’s Barbershop, Sarizal Hakeb, 50, berkata, lebih 65 peratus pelanggan terdiri murid dan pelajar sekolah mene­ngah meminta potongan rambut yang dikatakan popular dalam kalangan lelaki dewasa sejak awal tahun 2021.

Menurutnya, sambutan yang diterima di dua premis miliknya di Bukit Gedung dan Bukit Jambul di Bayan Baru di sini sememangnya begitu menggalakkan kurang dua minggu sesi persekolahan dibuka sehinggalah saat akhir semalam.

“Hampir semua (kanak-kanak dan remaja) yang datang meminta memotong rambut yang sama iaitu ‘taper two block’ termasuk ada mahu meniru gaya rambut rakan mereka.

“Bagaimanapun, kami masih terapkan elemen potongan rambut mengikut peraturan yang ditetapkan pihak sekolah. Majoriti pelanggan mahu gayakan rambut potongan kemas ini apabila ke sekolah esok (hari ini),” katanya di sini semalam.

Kata Sarizal, golongan kanak-kanak dan remaja menjadi antara pelanggan yang paling ramai datang ke kedai berbanding pelanggan dewasa sejak Jumaat lalu.

“Sehari, kira-kira 100 pelanggan ‘kecil’ dan remaja datang ke kedai. Mereka sanggup tunggu di hadapan premis sebelum kedai buka sebelah pagi,” jelasnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03/20/gaya-rambut-ala-oppa-paling-popular-jadi-pilihan-murid-lelaki/

Pages: [1]
View full version: Gaya rambut ala oppa paling popular, jadi pilihan murid lelaki


ADVERTISEMENT