akido_kido Publish time 18-3-2023 08:33 PM

Sempena anniversary, isteri Alieff Irfan hadiahkan suami Ducati Panigale v4s bernilai RM150,000

Edited by akido_kido at 18-3-2023 08:34 PM

Isteri kepada influencer terkenal, Alieff Irfan iaitu Nurul Nabilah Aliah Hazman atau dikenali sebagai Bella memberi kejutan kepada suaminya denga menghadiahkan sebuah motosikal Ducati panigale v4s sempena anniversary mereka.



Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur apabila dapat menghadiahkan suaminya itu sebuah motosikal yang berharga RM150,000 hasil daripada kerja kerasnya dalam perniagaan.

Alhamdulillah , hasil saya live kat tiktok selama sejam sahaja , i dapat belikan awak hadiah anniversary berharga RM150k and upah untuk awak sebab tolong saya live kt tiktok jugak. Saya ikhlas dan tak ada nak minta balasan apa pun,” ujarnya.

https://www.instagram.com/reel/Cp48CxVgXoW/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Tambah Bella lagi, dia dan suaminya bukanlah lahir daripada keluarga yang senang dan dia sangat menghargai setiap perjuangan mereka disaat mencari rezeki bersama-sama dalam dunia perniagaan.

Bukan itu sahaja, dia sama sekali tidak mahu mengambil peduli mengenai kata-kata negatif orang lain terhadap keluarganya malah, dia mahu menjadi isteri yang terbaik buat suaminya.

“Kami berdua bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya . Mesti akan ade orang cakap , alaa moto je pun, murah je pun . Tapi tidak mengapa. Orang lain tak nampak kami susah senang sama-sama , struggle sama-sama. Sebab itu setiap hasil yang kami milikki, kami akan hargai sangat.

“Saya nak jadi yang terbaik, isteri yang berdikari dan tak susahkan awak. Saya akan sentiasa sokong awak daripada belakang. Harap awak gembira ya, saya sayangkan awak sayang,” ujarnya lagi.



Sekadar info, Alieff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata kembar, lelaki dan perempuan.

evlinne Publish time 18-3-2023 11:06 PM

X kenal aku sape dua ketul niii
Pompuan ni drip whitening ke
Pucat bethullll kulit dia nok

Riz_one Publish time 20-3-2023 11:14 AM

sapo niee...

vanillaninja Publish time 28-3-2023 03:18 PM

Tak kenal theyols ni. Tapi kemain poyo ayat sheols ala motor je.. ala murah je.. Humblebrag sangat. Kau bukan beli Ysuku, kau beli Panigale kot.

OsHiN_hOnEy Publish time 29-3-2023 03:44 PM

anak sedara si intan saleh ex nya kude
jual apa dia sampai kaya?
dulu takda lar putih mcm mayat

reenz013 Publish time 31-3-2023 11:07 AM

sapelaknie

bitterchoc Publish time 1-4-2023 10:29 PM


Tiktok live sejam dah boleh beli ducati??
Dia jual apa wei. Aiols pun nak menjual jugak ler. Cisss belajar bertahun2 gaji sejam takde la sampai 150k.
Pages: [1]
View full version: Sempena anniversary, isteri Alieff Irfan hadiahkan suami Ducati Panigale v4s bernilai RM150,000


ADVERTISEMENT