sfhzuraz Publish time 16-3-2023 04:53 PM

Perkhidmatan Razarudin dilanjut dua tahun

Perkhidmatan Razarudin dilanjut dua tahun

Oleh   TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN   16 Mac 2023    04:29pm





https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/03/16/2128957.jpg
Razarudin Husain. - Foto Bernama



PUTRAJAYA -Perkhidmatan Tan Sri Razarudin Husain sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Khamis sehingga 15 Mac 2025.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelantikan Razarudin itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan upacara paluan berundur bagi persaraan Razarudin pada Selasa lalu dibatalkan dipercayai berkaitan dengan pelanjutan kontrak perkhidmatan.
Razarudin, 60, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2021.
Anak kelahiran Dengkil, Selangor itu memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai pegawai penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di daerah Muar, Johor.
Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sebelum dilantik ke jawatan nombor dua dalam PDRM.

sumber

Pages: [1]
View full version: Perkhidmatan Razarudin dilanjut dua tahun


ADVERTISEMENT