Raline Publish time 16-3-2023 05:30 AM

Klinik ’dikunjungi’ pontianak...

Klinik ’dikunjungi’ pontianak, pengawal keselamatan selamba tegur dari jarak dekat - “Jap lagi tutup balik TV”

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2023%2F03%2F15%2F1980550.jpg
Tular rakaman seram memaparkan makhluk misteri seakan-akan pontianak di sebuah klinik.

RAKAMAN memaparkan kelibat makhluk misteri di sebuah klinik kerajaan di Perlis kecoh diperkatakan netizen di media sosial.

Dalam rakaman itu, kelihatan entiti putih berambut panjang seperti pontianak sedang duduk di ruangan menunggu sambil menonton televisyen.

Kedengaran suara seorang lelaki berusia, dipercayai pengawal keselamatan klinik 'menegur' makhluk berkenaan sambil membuat rakaman video dari jarak dekat.

"Jap lagi tutup TV balik naa. Assalamualaikum, cuba pusing nak tengok sikit. Oh tengok TV. Tak apa, tak apa.

"Jap lagi tutup balik TV. Pandai dia. Mari seorang je ke? Seorang ke tengok tu? Tak apa, jap lagi tutup balik," ujar pengawal itu.

Video yang tersebar menerusi TikTok dan Facebook itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen tentang makhluk berkenaan.

Selain berjenaka tentang kejadian itu, ramai netizen turut memuji tindakan berani pengawal keselamatan yang mendekati makhluk tersebut.

"Geng-geng paranormal kena belajar dengan pakcik ni. Tak menggelupur lintang-pukang terjerit-jerit lepas jumpa hantu.

"Mesti dia dah biasa nampak macam-macam. Sampai dah tak takut.

"Tinggi ilmu pakcik ni. Bukan sebarangan pakcik. Inilah cabaran pengawal keselamatan.

"Appointment pukul 8 pagi. Pukul 2 pagi dia dah datang," tulis beberapa netizen berseloroh.



Sumber:https://www.mstar.com.my

lagendahidup Publish time 17-3-2023 07:53 AM

handai handai orang perlis ya

EriaDoritis Publish time 18-3-2023 02:39 AM

Berani pengawal keselamatan tu. Patut dinaikkan gaji. Sebab jaga harta kerajaan & tak lari tanggungjawab.

Cik ponti pun segan nak lebih2

bbalik Publish time 19-3-2023 02:21 PM

tp kenapa dikaburkan cik poti tu

selendangmerah Publish time 20-4-2023 12:50 PM

lepas ni abes laa ..

puak paranormal dok p situ plak .. cari makcik ponti

naq_j Publish time 5-9-2023 05:35 PM

Mesti ponti tu rasa nak pencen jadi hantu

Hearty_Winter Publish time 18-9-2023 04:19 PM

aha kenapa gamba di "blur" kan?? tak nampak dah....

miftahuljamilah Publish time 18-9-2023 09:30 PM

mesti dia kecewa pak guard tu tak takut :sweat3:

Zaien Publish time 19-9-2023 11:02 AM

baru nk gurau2 erk.. pak guard jenis relax je hehehehe
Pages: [1]
View full version: Klinik ’dikunjungi’ pontianak...


ADVERTISEMENT