kookie92 Publish time 16-3-2023 01:52 AM

Instinct atau kebetulan? orang lain pun macam ni ke? Exam tak boleh pula guna instinct???

Assalamualaikum semua. Warga Cari, saya nak bertanya kepada yang pakar atau sesiapa sahaja yang nak memberikan pendapat. Wujud ke manusia yang ada naluri / instinct yang kuat? Bukan macam hijab terbuka yang boleh nampak hantu tu tapi lebih kepada telahan kot.Saya harap saya tidak dikecam. Mungkin semua ini kebetulan atau bisikan syaitan.

Saya tak tahulah nak story macam mana.. Yelah sebab benda-benda ghaib atau terselindung ni Allah lebih mengetahui. Kita pun dilarang bersangka- sangka. Saya bagi contoh yang saya alami.

( Apa yang saya tulis ini contoh yang saya ingat dan situasi yang lebih kurang sama berlaku beberapa kali )

1. Saya bekerja di sebuah tempat yang kebetulan ada ramai guest dari selebriti dtg. Ada seorang ni saya nampak mukanya masyaAllah bersih. Dia artis biasa - biasa je tapi nampak menyerlah. Tengok-tengok dia kaki solat. Bila waktu je dia ke surau. Tak ramai ye yang ke surau.
2. Ada motor di sebelah kereta yang kami bawa. Elok je rider tu bawa tapi saya rasa something akan jadi dan entah kenapa mata saya perhatikan motor tu tanpa lepas. Tiba2 pemandu (ayah) hampir terlanggar motor itu sebab motor tu hilang imbangan tiba-tiba.

3. Ada pelanggan yang datang ke tempat kerja saya dua orang couple. Bila lihat wajah mereka saya rasa macam gelap. Bukan sebab tak lawa / buruk / hitam. Tapi gelap yg susah nak cakap. Rupanya esok baru tahu mereka pencuri. (Kejadian panjang saya ringkaskan)

4. Ada ramai artis yang saya tak berkenan dari dulu tak kisah yang bawa imej baik islamik atau biasa. Akhirnya lepas beberapa tahun nanti pasti akan ada cerita aib mereka tersebar. Begitulah sebaliknya. Ada beberapa artis yang saya perhati nampak raut wajah baik dan memang tidak ada keluar berita kurang baik atau aib.


5. Saya ada berkenalan dengan seorang semasa sesi orentasi di uni (sama jantina). Saya tengok mukanya macam kusam. Rupanya dia dah lama tak solat.

Saya bukanlah boleh baca semua orang tapi ada masa terasa dan kebetulan betul pula firasat saya.


Maafkan jika cerita ini pelik. Hanya Allah yang Maha Mengetahui

.

EriaDoritis Publish time 16-3-2023 05:50 AM

Waalaikumsalam.
Saya pun pernah alami perkara yang sama. Bermula dengan gerak hati... tetiba jadi kenyataan.

Contohnya:
Masa kerja part time dulu, bos ajak kami 1 department beraya ke rumah dia. Bos saya ni perempuan, umur hampir sebaya dengan mak saya. Jadi, lepas habis kerja saya & budak part time lain tumpanglah kereta bos ke rumah bos.

Masa dalam perjalanan tu, hati ni macam berkata-kata...kot sampai rumah bos nanti, terjumpa orang yang kenal.

Tup-tup...masa beratur nak ambik makanan, saya ternampak ex school mate saya!

EriaDoritis Publish time 16-3-2023 06:01 AM

Lagi satu kejadian...yang ni makan tahun instinct nya. Tak tau lah kebetulan atau apa.

Dalam fikiran saya...saya asyik terfikir akan ada 1 rumah kecik & comel kat kampung tok saya. Setahun sekali bila balik ke kampung tok mesti terfikir...nanti akan ada rumah comel tempat saya boleh lepak-lepak.

Kalau tak silap saya, tahun ke2 selepas raya, tok ada bincang dengan anak-anaknya pasal nak buat homestay.

Hujung tahun ke2 nak masuk tahun ke3 tu tetiba...taadaaaaaa siap sebuah rumah comel.

1st time menjejak kaki ke rumah tu, meremang beb! Sebab hampir sama dengan yang bermain-main di fikiran.

leenaz Publish time 16-3-2023 09:36 AM

mmg ada org kelebihan dia naluri dia kuat
dia macam boleh rasa kalau tgk benda tu sesuatu akan jadi

mcm aku pula kalau memandu tgk kereta kiri kanan depan dah boleh agak...mana babi yg masuk x reti bg signal.....situation awareness nama dia
;P

SalenaGomez Publish time 16-3-2023 09:08 PM

leenaz replied at 16-3-2023 09:36 AM
mmg ada org kelebihan dia naluri dia kuat
dia macam boleh rasa kalau tgk benda tu sesuatu akan jadi
...

Kalau SG, tgk drama slalu boleh teka sapa yg jahat dan yg baik…xkisah la cite melayu ke tamil ka korea ka jepun ke english ke, mcm boleh agak jalan cite mcm mana

Adakah in real life SG boleh rasa yang sama? Kadang2 mcm ya…tgk perangai manusia kadang boleh agak mcm mana org tu…wallahualam

hyie Publish time 17-3-2023 12:36 PM

kalau iols kan, yang ni bukan naluri la, cuma agak2 je kot + sedikit judgemental :lol:

iols tengok kawan2 yang malas solat, wajah diorang takda sinar, orang kata 'nur'. Dia macam kelam je gitu. Lagi satu, yang kuat menyundel, pon sama. Air muka yang sama.

kalau tengok muka ustaz2 misalnya, so far semuanya jernih, nak2 yang hafiz/hafizah. Sejuk hati jap :lol:

kalau nak kaitkan dengan tajuk benang ni, iols kalau rasa benci yaamat sangat kat seseorang tu, tak lama mesti dia akan pergi dari pandangan iols, yang pernah berlaku biasanya pindah tempat kerja, pindah rumah, paling2 hazab pun dia mati eksiden. Sebab dia suka sakitkan hati iols, tapi iols tak balas la, buat diam je. what u give u get back konsepnya. Takpalah iols anggap kebetulan sajork. Why bother..

CatMiow Publish time 18-3-2023 11:34 AM

Edited by CatMiow at 18-3-2023 11:37 AM

Waalaikumussalam.
Dulu zaman bujang anak dara hati nurani bersih selalu dapat instinct macam ni.

Paling saya ingat masa SPM, ada dua subjek, tak nak mention subjek apa.
Subjek A, cikgu tak ajar 1 BAB sebab katanya tak akan masuk periksa, masa study sebelum kertas tu, saya terdetik kalau2 Bab ni keluar, jadi saya baca je sekali imbas. Dan memang keluar.

Subjek B, cikgu tak suruh fokus, alasan sama, tak pernah keluar, malam sebelum kertas tu, saya kata kat kawan saya, kalau topik ni keluar macamana? Dan memang keluar.

Paling terakhir gerak hati melihat calon suami sedara, tengok muka dan penampilan terdetik, tak sama seperti dikhabarkan, memang dah rasa lain la. Dah tu asyik kata isteri yang salah sampai bercerai. Last2 dia beecerai dengan sedara saya.

Sebenarnya sebelum dia kawin,saya nak je cakap,betul ke nak kawin orang tu,sebab dah rasa lain macam. Tapi tak berani, sebab sebelum ni saya tegur dia dan Xboy friend (main2), kalau pjj jangan la tengok orang lain. Last2 dia break sebab lelaki tu jumpa orang lain, dia kata mulut saya masin.

Ada lagi few,tapi tak ingat dah.

penutupbotol Publish time 27-10-2023 04:17 PM

tahniah atas kurniaan ilahi pada kamu
simpan dgn sebaiknya
tak semua org ada kelebihan sebegini

gunakan ia utk kebaikan ya

epullipan Publish time 15-2-2024 12:19 PM

happen to my family..tapi lebih pada hijab terbuka la kot + instinct..Paling kuat ialah my lil bro..adik beradik kami cuma 4 orang n last bongsu pompuan takde pape kelebihan..only 3 of us

saliv Publish time 17-2-2024 01:22 AM

Edited by saliv at 3-3-2024 11:31 AM

Good to know sis.But let me tell U yang ini suatu yang tak sihat.How do I know this?My mom.She alwez succumbs to this.Dia akan sebut "Udah aku telah.." to every situation yang mana dia teka & betul2 jadi.

U know what?Itu semua bisikan syaitan aje.Yang akan bisikkan dekat U yang U boleh tau si polan itu, si polan ini tu begitu & begini.Adekah U kerja HR?Kalau betol takpe la.Dah memang bidang kerja U kena baca sifat orang pun.Kalau tidak, berhentilah dari tabiat ini.

U hanya boleh bersorak bila U betul saja.Bila tekaan U meleset U pun tak cerita kat sesapa.

So what if instinct U betol?U sorang je ke yang dapat instinct tu?Apa faedah instinct tu pon?Adekah ia dapat hindarkan U dari scammer??Ataupun love scams?

My mom has a very bleak outlook on others.Semua benda buruk yang ditelahnya bila betul2 terjadi dia punya alter ego akan melompat2 keriangan.Macam menang loteri..

ninja boy Publish time 24-2-2024 02:45 PM

Edited by ninja boy at 24-2-2024 02:47 PM

Instinct ka peristiwa masa depan ka kalau tuhan nak tunjuk atau bagi hints kat kita ka perkara itu tetap berlaku, berdamai ajelah dgn takdir yg telah diberi hints lebih awal. Kalau cerita ia menakut kan ramai pihak, contohnya kau dinampakkan kawan mati kawan eksiden hidup x lama, kawan jadi scammer perompak, kalau yg biasa2 spt dapat hadiah kerja baru etc x mengapa nak cerita

supernaturalee Publish time 3-3-2024 07:34 AM

saliv replied at 17-2-2024 01:22 AM
Good to know sis.But let me tell U yang ini suatu yang tak sihat.How do I know this?My mom.S ...

Betul
Keep it to yourself je
Jgn diheboh2kan spy elak takbur

As for me pun bnyk instinct yg negative psl 1, 1 situasi atau seseorang yg belum berlaku
When it happened, I hate it because I wish I blh ubah spy X berlaku sebegitu, instead of better

As for someone plk mcm kita dh nasihat gini2 gitu2
Kita mkn garam lbh dr dia
Dh nmpk klu die bertindak mcm a, die akn dpt a
Klu die buat d, die xleh expect dpt a
Vice versa
Bkn ape nk elak outcome yg X elok pd die
Dan jgk terkait dgn kita, tu yg geram ;P

mamapea Publish time 8-3-2024 12:21 PM

aku pun sama...bbrp thn lps tetiba nampak api marak dpn mata...masa tu otw nk blk keja...bila sampai rumah...rumah jiran terbakar...bila atas jln mmg akan rasa nk kena langgar ke apa...mmg btl...tp Alhamdulillah dpt elak...bnyk kali jugak la...
kalau bab air muka org tu bersih atau keruh rasanya semua org blh nmpk...mcm kenalan aku sorang ni...24 jam pakai telekung :lol: pg surau solat berjemaah tp air muka keruh...rupanya pencuri :D

Sunrize Publish time 11-3-2024 09:13 PM

Bagi saya gerak hati ni memang betul-betul real, semua orang ada gerak hati yang membezakan tu tahap kepekaan je, tapi sepatutnya gerak hati semua ni semulajadi, tak perlu nak belajar atau berguru untuk nak dapat instinct yang power, cukup sekadar selalu meluangkan masa untuk diam dan perhatikan apa yang berlaku dalam jiwa,fikiran, minda, jadi pemerhati dan lebih kerap kita memerhatikan gesture dari hati walaupun cuma sejenak, apa2 lah termasuk perubahan emosi kita sendiri, bila kita mampu menyedari gerakan dalaman emosi,fikiran dan hati kita, mudah mudahan apa yang berlaku di luar tubuh juga mudah tertangkap oleh kita, namun bukan disengajakan atau diniatkan, ia berlaku secara spontan, informasi datang sekelip mata di minda kalau kita asyik fokus benda lain memang terlepas lah.

Sekadar perkongsian, selepas beberapa tahun berkahwin, kadang2 isteri bila nak cakap sesuatu saya dah dengar suara dalam fikiran sebelum dia nak cakap benda tu, bila saya jawab isteri kata saya belum cakap laa..muka cuak sebab tiba2 husband tahu, berkali-kali berlaku sampai yang paling lucu time drive kereta keluar dari simpang tiga, isteri duduk sebelah saya kat depan, so tengah drive ni waktu nak keluar simpang tu, isteri cakap " kejap lah..tu ada kereta nak dekat dah..", just imagine saya dah drive keluar dah keta tu nak belok masuk lorong keluar dah, so saya jawab lah " ehhh?? jangan buat macam tu, saya tau lah keta ada tapi ni jarak saya dah agak, nanti tertekan brek keta lain langgar kita." then isteri tengok muka saya, " apahal..saya takde cakap apa pun??" , so saya kata " jadi yang bercakap tadi tu siapa?, mesti u baru fikir kannn??" isteri cakap " tu laa...baru fikir, belum keluar mulut pun.." so saya pun ketawa terbahak2 jap, lepas tu saya cakap dengan wife " lepas ni kita tak payah cakap pakai mulut dah, nanti u nak cakap apa, cakap dalam fikiran je, " wife pun ikut gurau, ok diam lah skg..haha

Part movie pula memang agak ekstreme gerak hati sebab, saya memang dah lama stop nonton tv atau movie, so bila nonton movie je dengan anak2, duduk nonton tu bukan sebab suka nonton tapi saja nak temankan anggota rumah nonton, so dalam part2 tertentu movie tu, selalu nampak imbasan atau visi apa yang nak berlaku, mcm ada bom tersembunyi nak meletup, atau gerakan aksi mempertahankan diri, atau akan ada babak melarikan diri dan tiba2 lompat kat laut atau sungai, semua tu muncul tiba2 dalam benak fikiran, spontan dan saya tak hairan pun sebab benda ni semulajadi, semua orang pun sama, tapi benda ni akan berlaku natural kalau kita tak membangga diri atau sikit2 nak bagitau orang lain yang kita hebat, atau merasa diri power, asal berlaku gerak hati yang tepat, hati minda dan fikiran tetap tenang anggap normal je nothing special, jadi sterusnya gerak hati ni akan terus menerus menjadi normal dan semakin kerap berlaku, pendek kata niat baik akan dilihat kalau sikit2 nak asah gerak hati untuk tujuan nak baca orang lain, atau nak tau hati orang tu memang niat dah salah, kena betulkan niat dulu barulah, ia muncul secara semulajadi...
Pages: [1]
View full version: Instinct atau kebetulan? orang lain pun macam ni ke? Exam tak boleh pula guna instinct???


ADVERTISEMENT