sfhzuraz Publish time 14-3-2023 07:35 PM

Ketua Polis KL dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman

Ketua Polis KL dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman


Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Id_obj41641578_1678788059.jpg
DATUK Azmi Abu Kassim. FOTO Azhar Ramli



Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan Ketua Polis Kuala Lumpur akan bertukar sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Datuk Azmi Abu Kassim akan mula bertugas di jawatan baharu itu pada 17 April ini.
Sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Nerita Yaacob dilantik sebagai Pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Seri Zaini Jass yang bersara 9 Mac lalu.
Azmi memegang jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur sejak 12 April 2021 yang mana sebelum ini beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.


Disiarkan pada: Mac 14, 2023 @ 6:01pm






sumber




Pages: [1]
View full version: Ketua Polis KL dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman


ADVERTISEMENT