Raline Publish time 14-3-2023 07:12 AM

Perkasa wanita B40

Perkasa wanita B40

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_6055384437291594723_ycut_1678488429.jpg
KEMAHIRAN jahit didedah kepada wanita golongan rentan.

MEMBERI pendedahan kepada golongan rentan berkenaan kemahiran yang dapat menjana pendapatan antara kaedah terbaik bagi kelangsungan hidup mereka. Pendekatan itu dimanfaatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dignity of Children Foundation (Dignity) dalam memperkasakan golongan wanita dari kelompok keluarga B40, ibu tunggal dan juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR).

Menurut wakil Dignity, Natalie Tan, program yang dinamakan Women Train Women direka untuk membantu wanita yang menghadapi pelbagai kesukaran untuk pekerjaan termasuk kemiskinan, kekurangan pendidikan dan diskriminasi.

"Kita tahu wanita golongan terpinggir selalunya paling teruk dilanda kegawatan ekonomi dan ketidaksamaan sosial.

"Dengan memberikan mereka kemahiran dan latihan yang berharga, kami boleh membantu mereka keluar dari kitaran kemiskinan dan menjadi lebih berdikari.

"Penganjuran program 'Women Train Women' bertujuan memperkasakan dan melengkapkan wanita dalam komuniti B40, ibu tunggal dan pelarian menerusi kemahiran serta pengetahuan yang mereka perlukan dengan jahitan," katanya.

TambahNatalie, peserta program dilatih tukang jahit berpengalaman bermula teknik asas sehingga kepada kemahiran lanjutan seperti membuat corak dan pengolahan produk.


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_6055384437291594726_y_1678488431.jpg

MEMPERKASAKAN wanita menerusi kemahiran.

"Tidak hanya kemahiran, peserta program ditawarkan enam projek meliputi pembuatan barangan seperti alas cawan, kantung, beg galas, beg tote, topeng muka dan tali lanyard. Sebanyak enam jam diperuntukkan untuk setiap projek.

"Program Dignity 'Women Train Women' kini sudah masuk ke fasa dua turut melalui kerjasama dengan peruncit pakaian H&M.

"Kami juga berjaya melatih 16 wanita menguasai kemahiran asas jahitan dan membolehkan mereka maju ke bidang jahitan pakaian," katanya turut merancang untuk menganjurkan latihan kemahiran masakan pula.

Sementara itu, seorang ibu tunggal dan juga pelarian dari Rakhine, Myanmar, Wutt Yee ,43, mengakui program ini memberikan sinar harapan kepadanya untuk mempunyai masa depan lebih baik.

"Program ini bukan sahaja membolehkan peserta menguasai kemahiran menjahit, ia menberi motivasi supaya saya terus bersemangat mencapai profesyen yang saya dambakan selama ini.

"Kemahiran ini tidak sekadar menjahit baju sendiri dan ahli keluarga ahli keluarga, saya turut memikirkan untuk digunakan membantu keluarga ada pendapatan tambahan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2023/03/944351/perkasa-wanita-b40

Pages: [1]
View full version: Perkasa wanita B40


ADVERTISEMENT