Raline Publish time 12-3-2023 10:52 PM

Ustaz Azhar Idrus diserbu peminat, pelancong asing siap rakam video

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/azhar-idrus-2.jpeg
Antara gelagat pelancong asing ketika bertemu dengan Ustaz Azhar baru-baru ini.


Ustaz Azhar Idrus diserbu peminat, pelancong asing siap rakam video

PETALING JAYA – Populariti pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus tidak dapat disangkal lagi apabila kehadirannya di sekitar Kuala Lumpur mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini tular di media sosial, video memaparkan situasi orang ramai bergilir-gilir merakam gambar kenangan bersama Ustaz Azhar di sekitar pusat beli-belah terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, Ustaz Azhar diserbu peminatnya sepanjang jalan.

Lebih menarik perhatian, apabila terdapat beberapa pelancong asing turut mengambil peluang merakam video dan bergambar bersama Ustaz Azhar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kemesraan Ustaz Azhar melayan kesemua peminatnya dengan senyuman di wajah.

“Orang baik pasti ramai sayang, seronok tengok Ustaz Azhar Idrus layan peminatnya, sentiasa senyum dan hulur tangan untuk bersalam,” ujar Saiful.

“Wah, pelancong asing siap ajak Ustaz Azhar bergambar, siap ada yang rakam, mungkin mereka pun teruja lihat ramai datang nak bergambar dengan UAI,” kata Mohd. Hidayat. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03/12/ustaz-azhar-idrus-diserbu-peminat-pelancong-asing-siap-rakam-video/

piao Publish time 13-3-2023 09:53 AM

tudiaaaa tauliah x da pun boleh selfie :lol:
Pages: [1]
View full version: Ustaz Azhar Idrus diserbu peminat, pelancong asing siap rakam video


ADVERTISEMENT