Burong_Hantuk Publish time 9-3-2023 12:02 PM

Bahaya makan tiram mentah, walau sudah diperah dengan lemon atau dibubuh sos, masih lagi tak selamat

Bahaya makan tiram mentah, walau sudah diperah dengan lemon atau dibubuh sos, masih lagi tak selamat

BUKAN sahaja di hotel, malah pada majlis keramaian, tiram mentah selalu disajikan kepada tetamu. Kerang-kerangan mollusca itu sememangnya sedap untuk dimakan kerana teksturnya yang kenyal.


Peminat makanan laut dilihat lebih gemar menikmati tiram secara mentah dengan tambahan perahan lemon atau dengan sos terpilih.

Menurut Healthline, selain kaya dengan antioksidan, di dalam 100 gram tiram terdapat nutrisi yang diperlukan oleh badan manusia seperti protein, lemak, vitamin D, vitamin B1, vitamin B3 dan vitamin B12.



Ia juga terkandung zat besi, magnesium, fosfor, selenium, mangan dan fosfor termasuk omega-3 yang membantu merawat jantung, otak atau keradangan.
Pun demikian, menerusi beberapa pandangan pakar, menikmati tiram mentah boleh memberi dampak buruk kepada kesihatan.



Sebagai contoh, pada tahun 2018, seorang lelaki berusia 71 tahun meninggal dunia dua hari selepas makan makanan jenis itu di sebuah restoran di Sarasota, Florida, Amerika Syarikat.

Memetik artikel USA Today, pakar mengesahkan tiram berkenaan telah dicemari bakteria.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya, SinarPlus menghubungi Pakar Pemakanan dan Pensyarah, Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Dr Syafiqah Rahamat.

Membuka gelanggang bicara, Dr Syafiqah berkata, tiram merupakan habitat yang menapis air dan bahan-bahan di lautan termasuk bakteria seperti vibrio.

“Itu sebab tiram berbahaya apabila dimakan mentah atau separuh masak. Kedua-dua bakteria vibrio sama ada jenis vulnificus dan parahaemolyticus boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit-birit, pening kepala, muntah-muntah dan demam.

LEBIH BURUK LAGI, IA BERUPAYA MENDATANGKAN KEMATIAN TERUTAMANYA KEPADA GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI SEPERTI MEREKA YANG BERPENYAKIT, MEMPUNYAI KANSER DAN MEMILIKI SISTEM IMUN YANG RENDAH TERMASUK IBU HAMIL SERTA YANG SEDANG MENYUSU,“ KATANYA.

Dalam pada itu, Virginia Department of Health (VDH), Amerika Syarikat berkata, menikmati tiram atau kerang-kerangan lain secara mentah atau kurang masak berbahaya kepada mereka yang mempunyai penyakit hati, kencing manis, leukimia, kanser limfoma dan golongan yang menderita penyakit pulmonari obstruktif kronik.
https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/2023/03/pexels-rodnae-productions-10375850.jpg



ally9970 Publish time 9-3-2023 12:32 PM

Sebelum ni tiram mentah ni hanya boleh dapat kat cafe2 hotel jer. Sekarang ni, gerai tepi jalan pun dah ada jual. Sebelum ni, takde isu pasal bahaya atau tidak, malah dianggap sesuatu yang prestige bila makan tiram mentah kat hotel.

cmf_PariS Publish time 10-3-2023 09:47 AM

pernah makan sekali .. nasib aku ok huhu.. sebenarnya tk suka juga.. tp sbb org lanje paksa2 ehh telan p la satu hahahaa

takayama Publish time 10-3-2023 10:05 AM

Disbbkan tiram x brp nak masak inilah kaka kena eczema agak teruk juga, x igt brp kali jabbed pun x kebah demamnya, x lg muka bengkak berhari2 melebihi seminggu, lps kena mcm tu mmg kaka serik ya hamats. Kaka mkn sekitar tahun 2001 kat renaissance hotel. Ms mkn tu sedaplah tp akibatnya merana sungguh bdn jd taubatlah xde dah terasa nk mkn lg

zuuu Publish time 11-3-2023 03:43 AM

X penah makan,aq ngan seafood xleh makan banyak2 snggat...kalo x mahu bpusing kepala sekali ngan pakej hidung berair tekak gatal bagai,boleh setakat rasa satu dua mulut je

dua_chzy Publish time 12-3-2023 03:06 AM

Tak suka tiram mentah.

Suka makan oyster omelette aka telur dadar tiram. Uols terai carik resipi. Carik yang Taiwan punya. Sedap taw.

Lavender85 Publish time 12-3-2023 09:43 AM

dulu paling selalu mkn kat redbox curve . mlm yg sekali dgn buffet. pastu kat hotel2 buffet . yg ingat pullman , hilton pj , renaissance kl mgkin pernah kat hotel lain jugak tpi x ingat. Alhamdulillah ok je huhu
Pages: [1]
View full version: Bahaya makan tiram mentah, walau sudah diperah dengan lemon atau dibubuh sos, masih lagi tak selamat


ADVERTISEMENT