Burong_Hantuk Publish time 9-3-2023 08:52 AM

11 jenis kayu serlahkan keunikan masjid iktikaf

KOTA BHARU - Rekaan unik sebuah masjid iktikaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah, Pasir Tumbuh di sini yang dihasilkan daripada 11 jenis kayu pasti menjadi tumpuan ramai.

Masjid hasil kerja tangan seorang tukang perabot itu mula dibina selepas Hari Raya Aidiladha tahun lalu dengan menggunakan 11 jenis kayu antaranya jembal, mohagani, tembesu, kelat dan manggis.

Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah, Mohd Fikri Mohd Kassim berkata, masjid daripada kayu sepenuhnya itu merupakan infak daripada tukang perabot berkenaan yang juga rakannya, Mohd Amin Jusoh.

Menurut Mohd Fikri, rakannya itu merealisasikan hasrat beliau dengan mula mencari kayu dalam sebuah kebun sebelum masjid setinggi kira-kira 6.1 meter itu digunakan awal Mac lalu.


"Saya meminati kayu dan pernah menyatakan hasrat untuk membina masjid daripada kayu," katanya ketika ditemui di maahad itu pada Rabu.

Mohd Fikri memberitahu, ketika itu beliau mempunyai RM23,000 sahaja tetapi rakannya tidak menolak dan mahu meneruskan impian demi anak-anak tahfiz yang belajar di situ.


Bagaimanapun katanya, 'harga' penat lelah Mohd Amin tidak ternilai dengan wang ringgit kerana banyak kos yang sudah dikeluarkan termasuk harga kayu dan kos upah.

Kongsi Mohd Fikri lagi, setakat ini beliau hanya membayar RM108,000 untuk kos upah pekerja dan harga kayu.


"Itu semua tidak memadai kerana kos kayu balak sangat tinggi lebih-lebih lagi dalam pasaran hari ini, yang mungkin lebih RM1 juta," katanya.

Lebih istimewa jelasnya, pembinaan masjid seluas lebih 134 meter persegi yang boleh memuatkan seramai 120 jemaah itu tidak menggunakan pelan sebaliknya idea spontan daripada rakannya itu.

"Mohd Amin juga tidak mengehadkan masa tertentu untuk membina masjid ini tetapi lebih bersemangat mencurah idea pada jam lewat malam antara 11 malam hingga 5 pagi," katanya.

Tambah beliau, masjid lebih 10 tiang untuk 25 pelajar maahad berusia 11 hingga 13 tahun itu belum siap sepenuhnya dan masih memerlukan penambahan.

Jelas Mohd Fikri, antara kemudahan yang masih dalam perancangan ialah sistem pendawaian, tempat wuduk, garaj dan lantai bawah masjid yang keseluruhannya memakan kos kira-kira RM100,000.

Katanya, pihak pengurusan maahad itu belum meminta sebarang derma secara khusus tetapi ramai yang memberi sumbangan termasuk rakan-rakan, keluarga dan individu.

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah tidak dikenakan yuran dan pihak pengurusan menanggung sepenuhnya makan dan minum pelajar termasuk pemberian duit poket.

"Kami mempunyai empat kakitangan yang mengurus dan menjaga pelajar bakal huffaz di sini," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/03/09/2120419.png


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/03/09/2120415.png

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/03/09/2120417.png



hokeypokey Publish time 11-3-2023 08:01 PM

kemas elok cantik bersih.. bau kayu pun wangi

amefore083 Publish time 14-3-2023 01:37 PM

Edited by amefore083 at 15-3-2023 11:38 AM

great information really I liked it . BenefitsCal Sign In
Pages: [1]
View full version: 11 jenis kayu serlahkan keunikan masjid iktikaf


ADVERTISEMENT