Raline Publish time 5-3-2023 06:51 PM

2 ceramah Ustaz Wadi Annuar dibatalkan

2 ceramah Ustaz Wadi Annuar dibatalkan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/5323wadi1_1678002859.jpg
USTAZ Wadi Annuar. FOTO ustazwadiannuar.com


Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar memaklumkan dua ceramahnya di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar berkata, dua lokasi itu ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab pembatalan ceramah berkenaan.

"Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah dibatalkan.

"Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sebelum ini, kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkanp ada 26 Februari di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong juga dibatalkan.

Menurut Facebook rasminya, Kuliah Maghrib Perdana UAI itu terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

JAIS kemudiannya mengesahkan UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/942434/2-ceramah-ustaz-wadi-annuar-dibatalkan

dudaberhias Publish time 5-3-2023 07:02 PM

rasanya sebab takde lesen atau tak mohon lesen jugak macam ustaz azhar idrus...
memang di selangor deorang letakkan syarat macamni... ok la tu... nak buat macam mana...

botok Publish time 5-3-2023 07:06 PM

X ada tauliah la tu... Keja mudah saja nak apply tauliah ni tapi kalau xmau apply xtau nak cakap apa laa...

chanthik Publish time 5-3-2023 07:11 PM

Naseb lah Melayu low IQ ratib pasal kerajaan bila MAIS under SULTAN :2lol:

Suchi Publish time 5-3-2023 07:12 PM

Satgi ada la yg kata konsert blekpink buleh plak

heythere123 Publish time 5-3-2023 07:13 PM

Suchi replied at 5-3-2023 07:12 PM
Satgi ada la yg kata konsert blekpink buleh plak

ada dah kaka, cer uols pergi tred konsert blackpink tu

telracs Publish time 5-3-2023 07:14 PM

Kenapa cerita ni masuk benang gosip?

scarflicious Publish time 5-3-2023 07:32 PM

Ustaz ni retis ke oi.

Gi lah mintak tauliah. Jgn malas dgt.

likilu Publish time 5-3-2023 07:47 PM

dudaberhias replied at 5-3-2023 07:02 PM
rasanya sebab takde lesen atau tak mohon lesen jugak macam ustaz azhar idrus...
memang di selangor d ...

Ustaz azhar memamg mohon lesen sementara sebaik saja dapat jemputan kan. Memamg tahu je procedure tu, tapi lesen dibatalkan, last minit pulak tu.

stingerkaypoh Publish time 5-3-2023 09:18 PM

{:8_652:}
{:8_637:}

slyfynx Publish time 5-3-2023 09:20 PM

Chop
Ust ni retis kah?

BTW, OT sikit
Now malas nk tegur thread sama dah.
Admin pun macam suke je thread byk2 walaupun isi sama.
So lantakkan aje.
Pages: [1]
View full version: 2 ceramah Ustaz Wadi Annuar dibatalkan


ADVERTISEMENT