Raline Publish time 5-3-2023 06:44 PM

Penerbit harus peka sensitiviti masyarakat - PFM

Penerbit harus peka sensitiviti masyarakat - PFM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/PANSHA1_1678000496.jpg
Presiden PFM, Pansha.


Kuala Lumpur: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menegur penerbit tempatan agar lebih sensitif terhadap isu kandungan filem yang menyentuh sensitiviti serta meremehkan agama, bangsa dan budaya masyarakat di Malaysia.

Presiden (PFM), Pansha berkata, apa yang dilakukan oleh syarikat produksi yang menerbitkan filem Mentega Terbang, tidak sepatutnya terjadi.

"PFM terpanggil untuk menolak dan memberi teguran kepada semua penerbit filem tempatan, agar lebih sensitif terhadap kandungan filem menyentuh isu meremehkan apa-apa agama, bangsa dan budaya di Malaysia, mahupun secara halus, seperti yang didakwa cuba diketengahkan melalui filem Mentega Terbang.

"Walaupun filem itu disiarkan melalui platform media penstriman digital, kandungan filem Mentega Terbang adalah di luar kawalan Lembaga Penapis Filem (LPF) atau izin tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), siaran di internet masih boleh dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pelbagai cara," katanya.

Pansha juga menyentuh mengenai tindakan syarikat produksi Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment yang tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) dan tiada lesen pengeluaran filem daripada Finas.

"Adalah menjadi kesalahan di bawah akta 244 Finas untuk sesebuah syarikat produksi tidak memohon SPP dan tiada lesen pengeluaran filem daripada Finas untuk menghasilkan naskhah tempatan dan bersifat kontroversi.

"Dasar perfileman negara yang berpandukan Akta 244 Finas dan Akta 620 Penapisan Filem 2002 seharusnya dihormati.

"Pemantauan kandungan filem sudah ditetapkan melalui agensi yang dipertanggungjawabkan dan bukan daripada pihak lain, seperti yang berlaku ke atas filem Pulau (sebelum ini)," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/03/942421/penerbit-harus-peka-sensitiviti-masyarakat-pfm

Pages: [1]
View full version: Penerbit harus peka sensitiviti masyarakat - PFM


ADVERTISEMENT