Raline Publish time 2-3-2023 05:33 PM

Alicia Amin sahkan penceraian

Alicia Amin sahkan penceraian

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm242cerai_1677746873.jpg
Alicia dan suami


Kuala Lumpur: Pelakon Alicia Amin, 28, mengesahkan sudah bercerai secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci punca perceraian dengan Farzan Iqbal, 29, semalam.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin reda dengan ketentuan itu dan memaklumkan dia berada dalam keadaan baik.

"Saya baik-baik saja. Kami masih berkawan baik. Tak ada drama," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu mencetuskan spekulasi ramai sama ada dia sudah bercerai dengan suaminya Farzan menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam video terbabit, Alicia memakai jubah dan tudung berwarna hitam. Sambil dipayungi seorang lelaki, dia kelihatan beredar dari sebuah bangunan seakan-akan mahkamah.

Alicia dan Farzan bernikah pada 14 Februari 2021 dalam majlis yang berlangsung ringkas. Pasangan terbabit tidak dikurniakan cahaya mata.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/03/941428/alicia-amin-sahkan-penceraian

achinto Publish time 3-3-2023 01:15 PM

Oh nooo. suka tgk diorang husband & wife, sempoi je.

AKAZ85 Publish time 3-3-2023 03:37 PM

Tengok masing2 macam open je..pon boleh cerai gak?

vanillaninja Publish time 7-3-2023 04:39 PM

I rasa theyols ni divorce pun on good terms. Takde pun burukkan sape2. Dah tak boleh nak committed to each other, nak buat macam mana lagi kan. Sekian ulasan I.
Pages: [1]
View full version: Alicia Amin sahkan penceraian


ADVERTISEMENT