CARI-MAL Publish time 2-3-2023 05:27 PM

Banyak Kes Curang, Lelaki ‘Hembus’ Doa Elak Isteri Terliur Tengok Lelaki Kacak

Tular video seorang suami menasihatkan isterinya untuk membaca doa agar dilindung daripada godaan lelaki kacak.


Berkongsi cerita kepada mStar, lelaki bernama Ajrun Azhim Zamry itu berkata, rakaman tersebut dibuat ketika menghantar isterinya dari kediaman mereka di Melaka ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, baru-baru ini.


Lebih mesra disapa Ajrun, dia berkata isterinya yang mengikuti pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), menghadiri kelas secara fizikal selama seminggu di universiti itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/02/172621m6xvh829vx689i2b.jpgmStar




"Isteri saya baru masuk belajar tahun pertama, dan terus menjalani kelas secara dalam talian. Sekali-sekala dia perlu hadir ke kelas secara fizikal, jadi saya hantar dia ke Fakulti Pendidikan.


"Saya kongsikan doa untuk dia baca, yang mana ia merupakan petikan lagu Alhamdulillah nyanyian kumpulan Too Phat, membawa maksud yang baik," katanya kepada mStar.


Katanya, pemilihan ungkapan tersebut bermula apabila dia mendengar lagu berkenaan menerusi aplikasi muzik digital Spotify berulang kali.


"Lagu tu popular, jadi apabila selalu dengar... Spotify terus boleh kenal pasti kesukaan kita. Sudah dua tiga hari dengar, saya cuba gunakan lirik lagu tersebut sebagai doa.


"Pada masa sama, saya juga mahu menguji isteri sama ada dia tahu atau tidak ia adalah lirik lagu. Permulaan doa itu saya tambah, diikuti dengan lirik,” ujarnya yang berasal dari Tanjung Kling, Melaka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/02/172620f5o66o5r6oc7xzy6.jpgmStar




Walaupun dikenali gemar bergurau dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, Ajrun berkata, sebenarnya terdapat mesej yang mahu disampaikan kepada masyarakat.


"Sekarang ini, banyak kes artis terutamanya mengenai pasangan curang. Perkara tersebut perlu kita jadikan iktibar bagi kita yang sudah berkahwin.


"Dalam kita berusaha untuk menjaga hati pasangan, kita juga kena selitkan doa. Kita boleh menjaga sesuatu hubungan, tapi menentukan itu adalah Yang Maha Esa," tambahnya.


Malah, pendekatan tersebut juga digunakannya sebagai resipi kebahagiaan rumah tangganya yang menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) sejak berkahwin pada pertengahan tahun lalu.




202303up_1677749234129


"Saya di Melaka dan isteri pula bertugas sebagai guru di Maran, Pahang. Sekurang-kurangnya sekali sebulan kami akan menghabiskan masa bersama," katanya.


Namun pensyarah itu menegaskan bahawa dia bukanlah seorang yang kuat cemburu kerana baginya kepercayaan antara suami isteri amat penting.


"Kalau saya ni kuat cemburu, saya akan perhatikan isteri dari luar kelas atau duduk seminggu bersama sepanjang kelas dia. Dalam perhubungan kita kena jujur dan amanah.


"Kami mengamalkan kepercayaan pada pasangan walaupun jauh, dan mengambil berat antara satu sama lain. Alhamdulillah, isteri seorang taat dan setia," kata Ajrun.




Sumber: mStar

yondu Publish time 2-3-2023 05:42 PM

hmm hmm hmmm tiada perkataan nak diucapkan

uda Publish time 3-3-2023 12:46 PM

Cemburu buta!

Dia tak baca doa pulak supaya tak terliur tenguk perempuan lain?????

Zack8hunter Publish time 4-3-2023 08:00 PM

tak kisah ko nk cemburu ke hape bang.mmg hak ko utk cemburu..yg aku hangin apsal lak ko nk pi rakam bagai.. ko sbnrnya cemburu ke gilerkan perhatian? ;P

Hessa Publish time 5-3-2023 01:33 PM

uda replied at 3-3-2023 12:46 PM
Cemburu buta!

Dia tak baca doa pulak supaya tak terliur tenguk perempuan lain?????

hahaha...well said...typical lelaki..dia tahu cemburu dia je..pathetic.dia tak nmpak kes2 penyondol berleluasa skrg ni..boring{:1_550:}

epullipan Publish time 27-3-2023 02:59 PM

err teringat drama zamarul belakon tu

Orix Publish time 27-3-2023 03:08 PM

Cringeeeeeeeeeee
Pages: [1]
View full version: Banyak Kes Curang, Lelaki ‘Hembus’ Doa Elak Isteri Terliur Tengok Lelaki Kacak


ADVERTISEMENT