Vellfire Publish time 2-3-2023 12:32 AM

Peminat bola sepak lempar patung, mainan simbol solidariti

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/010323-39-patung-solidariti.webp

RATUSAN patung mainan dilemparkan peminat bola sepak ke atas padang sebagai tanda solidariti terhadap kanak-kanak yang terlibat dalam gempa bumi Turkiye. -AP
ISTANBUL: Peminat kelab bola sepak Istanbul, Besiktas membaling beribu-ribu patung mainan ke atas permukaan padang, Ahad lalu sebagai simbol solidariti dengan kanak-kanak yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye, 6 Februari lalu.
Perlawanan Liga Super Turkiye di Stadium Vodafone Park di antara Besiktas dengan Antalyaspor yang berkesudahan 0-0, dihentikan selepas empat minit dan 17 saat bagi membolehkan peminat melemparkan hadiah di atas padang.
Gempa bumi pertama kali melanda Turkiye pada 4.17 pagi (waktu tempatan) pada 6 Februari lalu.
“Peminat kami melemparkan selendang, beret dan mainan mewah di atas tanah Vodafone Park untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak di kawasan gempa bumi bagi menceriakan mereka,” kata Besiktas dalam satu kenyataan.
Jumlah kematian akibat gempa bumi di Turki dan negara jiran Syria melepasi 50,000 orang.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/peminat-bola-sepak-lempar-patung-mainan-simbol-solidariti/

Pages: [1]
View full version: Peminat bola sepak lempar patung, mainan simbol solidariti


ADVERTISEMENT