sisturNgensot Publish time 1-3-2023 10:10 PM

Maryam Durian Kimchi Bawa Tuah! Tak Sampai Sejam, Tudung Leeyanarahman Licin Terjual 300,000 Helai





300,000 helai tudung jenama Leeyanarahman Scarves menampilkan wajah wakilan pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi habis licin terjual dalam tempoh kurang sejam kelmarin (27 Februari) lalu.



Belum lancar tapi dah habis

Koleksi tudung harga marhaen RM29, kualiti kayangan diberi nama Wanita Dambaan Syurga yang dihadirkan dengan 20 pilihan rekaan itu dilancarkan secara rasmi hari ini.

Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihak mereka begitu takjub, terkejut dan bersyukur dengan sambutan diterima kali ini.

Ini asbab serta rezeki yang baik buat kami dan tentunya untuk Maryam sendiri sebagai mualaf yang sudah mula menutup aurat awal tahun ini. Perkara baik seperti dilakukan Maryam, insya-Allah moga baik-baik saja laluannya.

Kita belum lancar, tapi 300,000 helai tudung dicetak habis terjual. Hebat penangan Maryam. Maryam sebenarnya mewakili koleksi tudung kami untuk edisi ketiga. Edisi pertama dan kedua dulu masing-masing menampilkan Ummi Nazeera dan Hannah Delisha.

Tema kali ini, Wanita Dambaan Syurga juga bagai kena dengan perjalanan hidup baharu Maryam terutamanya keinginan hati kecil dia nak berhijrah menjadi wanita mualaf yang lebih baik.



Buka rezeki dekat lebih 10,000 ejen & stokis

Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai pra sebelum sambutan Ramadan.

Koleksi Wanita Dambaan Syurga bukan keluaran raya Aidilfitri sebenarnya. Tapi umum tahu, setiap dua bulan kita akan keluarkan koleksi baharu.

Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.

Nak pula dengan nak sambut Ramadan dan Aidilfitri, kami mahu terus berkongsi rezeki dengan ramai orang terutama ejen dan stokis buat duit.

Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor ini sebenarnya bukan asing lagi di kalangan penggemar fesyen muslimah.

Sejak 2012 melebarkan sayap perniagaan bermodalkan RM1,500, jenama diusahakan Nur Liyana dan Hafiz ini pantas mencuri perhatian.

Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.

Untuk jenama tudung ini kami sasarkan RM3 ke RM4 Juta untuk setiap edisi keluaran. Dalam setahun, kami sasar ada sekitar lapan keluaran koleksi tudung. Manakala untuk sasaran jualan setahun pula sekitar RM20 Juta. Klik link untuk lanjutan.

Masih belajar




Sementara itu, Maryam atau nama penuhnya, Maryam You Narae tidak menyangka koleksi tudung menampilkan dirinya laris macam goreng pisang panas.

Dalam tempoh kurang sejam terjual semua koleksi dicetak iaitu 300,000 helai tudung. SubhanaAllah, masyaAllah. Moga kebaikan dan kejayaan ini dapat dinikmati serta memberi manfaat kepada semua.

Moga tersurat dan tersirat hikmah berharga untuk kita semua. Saya juga masih bertatih dalam fasa baharu ini. Benar orang kata bukan mudah nak istiqamah, maka saya akan terus cuba jaya.

Semoga Allah mempermudahkan laluan ini. Terima kasih kepada Leeyanarahman di atas kesempatan terindah ini. Bekerja dengan pihak mereka pun cukup menyenangkan.

Sumber: Instagram

Mimo.mimo Publish time 2-3-2023 03:48 PM

Terjual kat agen dan stokis. Bukan end customer. Founder? Kayo rayo

ayana89 Publish time 5-3-2023 08:37 AM

Skang smua jual tudung harga affordable. Kalau dlu masa tgh mencanak naik semua brand kemain lg harga memasing

boongalalang Publish time 5-3-2023 08:32 PM

ayana89 replied at 5-3-2023 08:37 AM
Skang smua jual tudung harga affordable. Kalau dlu masa tgh mencanak naik semua brand kemain lg harg ...

Kan, terima kasih sangat kat Fazura :$

midori_katana Publish time 6-3-2023 02:27 PM

iols suka tudung imalis!:$

CatMiow Publish time 6-3-2023 02:40 PM

Terkejut juga sampai 300k.. Rasanya bukan pembeli yang beli,lebih kepada pemborong ,agen dan stokis.

mamajawie Publish time 6-3-2023 05:23 PM

Mimo.mimo replied at 2-3-2023 03:48 PM
Terjual kat agen dan stokis. Bukan end customer. Founder? Kayo rayo

serius btul..

malaysiaku123 Publish time 7-3-2023 11:17 PM

Lepas tudung fazura jual harga marhaein n laku kaw2 ramai plak jual.huhu
Aku pn pakai leeyanatahman pny tudg
Sedap jg kain dia.
Faz kena refresh balik design tudg dia

lotusteratai Publish time 8-3-2023 08:44 AM

igtkan rege beratus-ratus knowing brand ni punya baju almost 300. Eh rm29 je, thanks to faz sbb reset balik harga tdg yg kemain kayangan sblm ni

lotusteratai Publish time 8-3-2023 08:45 AM

malaysiaku123 replied at 7-3-2023 11:17 PM
Lepas tudung fazura jual harga marhaein n laku kaw2 ramai plak jual.huhu
Aku pn pakai leeyanatahman...

yup design tdg faz dah kurang menarik, dah tak fresh. Harap team faz baca komen ni

lifeline Publish time 8-3-2023 10:11 AM

malaysiaku123 replied at 7-3-2023 11:17 PM
Lepas tudung fazura jual harga marhaein n laku kaw2 ramai plak jual.huhu
Aku pn pakai leeyanatahman...

yup betul design dia agak lama jaman jaman aidujuma gitu kot
n kain dia pon cuba pelbagai kan
skrng kan org suka ala ala satin gitu
n please la kuarkan yg plainn

malaysiaku123 Publish time 10-3-2023 03:53 AM

lifeline replied at 8-3-2023 10:11 AM
yup betul design dia agak lama jaman jaman aidujuma gitu kot
n kain dia pon cuba pelbagai kan
skrn ...

Satin dh ada uols
Tp harga rm97 la
Mmg lawa n class la
Tp harga kayangan..
Yg murah ni kurg dh skrg
Org ke minaz n leeyanarahman plak

Go chayok faz..Cr design lawa2 lg plz

ellejo Publish time 10-3-2023 06:02 AM

karut. sedangkan semua tered she laki bini cukup sendu di porom mana mungkin dapat terjual sampai out of stock

flipolivio Publish time 10-3-2023 11:09 AM

Betul ke 300k terjual? Fazura berapa k terjual dulu?
Pages: [1]
View full version: Maryam Durian Kimchi Bawa Tuah! Tak Sampai Sejam, Tudung Leeyanarahman Licin Terjual 300,000 Helai


ADVERTISEMENT