CARI-MAL Publish time 1-3-2023 12:46 PM

Puteri Kedua Raja Muda Perlis Terima Ijazah RMIT Di Melbourne

Tahniah diucapkan buat anakanda kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima ijazah Sarjana Muda daripada Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University di Melbourne, Australia, pagi semalam.


Dalam kenyataan dikeluarkan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Sharifah Farah Adriana menerima ijazah Bachelor of Business (Management) pada majlis ‘Testamur Presentation’ khas yang diadakan di RMIT Building 20 Former Magistrates’ Court Russell / La Trobe Street yang disampaikan oleh Dekan School of Management universiti terkenal yang mempunyai 93,000 orang pelajar tersebut, Professor Alison Parkes.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/01/124552zjrgig8fxfxg992l.jpg



Turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, anakanda puteri sulung Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan anakanda putera bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Timbalan Naib Canselor (Pendidikan) merangkap Timbalan Presiden universiti, Profesor Sherman Young; Pengarah Strategik Dan Impak Bagi Asia, Layton Pike; dan Pendaftar Akademik, Connie Merlino.


Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Marzita Marzuki dan Konsul Muda Mohd Adham Yahaya turut sama hadir mengiringi Baginda sekeluarga.


Sharifah Farah Adriana melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Bachelor of Business (Management)’ di RMIT University Kampus Melbourne pada tahun 2018 sehingga menamatkan pelajaran pada 13 Julai 2021 namun ditangguh acara graduasi atas sebab kekangan wabak pandemik Covid-19.


Pada usia 21 tahun, puteri yang dilahirkan pada 4 Mac 2001 di Hospital Zollikerberg, Zurich, Switzerland ketika ayahandanya berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Malaysia Airlines bagi Switzerland, Austria Dan Eropah Tengah juga telahpun menamatkan pengajian di peringkat sarjana.


Sharifah Farah Adriana telah menamatkan “Master of International Business’ di Monash University Malaysia mulai 2021 sehingga penghujung 2022 dan istiadat konvokesyennya akan diadakan di Subang Jaya pada 18 Mac depan.


Sharifah Farah Adriana pernah mendapat pendidikan awal di The International School of Penang (Uplands), Pulau Pinang dari 2008-2011, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera, Kangar, Perlis dari 2011-2013, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Kangar, Perlis dari 2014-2015.


Seterusnya meneruskan pendidikan di Prince of Wales Island International School (POWISS), Pulau Pinang dari 2015-2017, sebelum menyambung pengajian di peringkat Asasi Perniagaan di RMIT University Melbourne dari 2017-2018 sebelum memasuki RMIT di Melbourne pada 2018-2021.


Sharifah Farah Adriana yang berminat dalam sukan pernah mewakili sekolah dalam bola jaring, olahraga, bola keranjang serta bola sepak dan merupakan penyokong tegar Manchester United (MU) dan ketika menuntut di Australia telah mewakili kelab bola sepak Albert Park Women’s Soccer Club dalam liga setempat.




Sumber: Suara Merdeka

dewimalam78 Publish time 1-3-2023 01:13 PM

Tahniah anak kerabat

Antena27 Publish time 1-3-2023 03:13 PM

Wahhh tahniah princess

mrsbale Publish time 1-3-2023 10:32 PM

Alhamdulillah tahniah.
Pandai2 anak raja muda ni eh. Mcmni la baru la x malu nak ngaku royalty Malaysia.
Yg sulung pun dulu first class ke ape.

Mamiyan Publish time 1-3-2023 11:07 PM

Yg sulung tu dulu graduate dari mana? Uni kt AU jga ke? Nampak baik2 anak raja muda ni

EriaDoritis Publish time 2-3-2023 05:06 AM

Alhamdulillah tahniah

kamexkame Publish time 2-3-2023 10:17 AM

Tahniah. pewaris macam ni yang kita mahukan. Rajin belajar dan tak sia sia kan chance yang ada

byz_87 Publish time 6-3-2023 03:24 PM

Mamiyan replied at 1-3-2023 11:07 PM
Yg sulung tu dulu graduate dari mana? Uni kt AU jga ke? Nampak baik2 anak raja muda ni

the first princess also graduated from the same universiti rasanya, alumni jua, sambung master di UIA

royaldanish Publish time 6-3-2023 07:30 PM

Tahniah {:1_152:}

epal_putih Publish time 6-3-2023 08:56 PM

Terbaik
Haaa gini la baguh

sukacactus Publish time 7-3-2023 09:47 AM

Ank raja yg betul2 layak masuk sek aku dl ni
Aunty dia xstraight A pun masa penilaian darjah 5 (zaman tu blum UPSR lg) gigih la datang jg masa hari registration
Pihak sek nak kata apa
Kena terima la jg

kamexkame Publish time 8-3-2023 08:30 AM

sukacactus replied at 7-3-2023 09:47 AM
Ank raja yg betul2 layak masuk sek aku dl ni
Aunty dia xstraight A pun masa penilaian darjah 5 (zama ...

Siapa aunty dia

sukacactus Publish time 8-3-2023 10:35 AM

kamexkame replied at 8-3-2023 08:30 AM
Siapa aunty dia

Adinda kepada bapaknya princess ni
Ku pah org panggil dl
Nama fariza xsilap

kamexkame Publish time 8-3-2023 11:19 AM

sukacactus replied at 8-3-2023 10:35 AM
Adinda kepada bapaknya princess ni
Ku pah org panggil dl
Nama fariza xsilap

Baru google.. sharifah fazira nama dia.. baru tau kewujudan dia. Haha

kucingitam Publish time 8-3-2023 12:19 PM

rasanya kerabat perlissangat2 low profile takde cerita , tak ramai kenal tapi educated.

sukacactus Publish time 8-3-2023 12:58 PM

kamexkame replied at 8-3-2023 11:19 AM
Baru google.. sharifah fazira nama dia.. baru tau kewujudan dia. Haha

Ha betul la tu, tersilap skit namanya td ;P

kamexkame Publish time 8-3-2023 03:31 PM

kucingitam replied at 8-3-2023 12:19 PM
rasanya kerabat perlissangat2 low profile takde cerita , tak ramai kenal tapi educated.

Tula very low profile. Tapi best jgk if tahu kisah2 diorg sbb jenis rajin belajar nampaknya

Miawlover Publish time 8-3-2023 06:38 PM

Bagus dijadikan contoh teladan .
Pages: [1]
View full version: Puteri Kedua Raja Muda Perlis Terima Ijazah RMIT Di Melbourne


ADVERTISEMENT