CARI-MAL Publish time 27-2-2023 05:42 PM

Sofyank Bangga Dilamar Marvel Untuk Bekerjasama

Pempengaruh media sosial Sofyank yang menerima Anugerah Gempak Of Fame di Gempak Most Awards 2022 (GMWA 2022) malam tadi meluahkan rasa syukurnya.


Dia juga menganggap kemenangan itu sebagai satu penghargaan buat dirinya dan pasukan apabila karya mereka diangkat.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/27/174137f6l2sgpspgp26sc9.jpgIG




“Saya tak rasa ini satu kemenangan, tetapi saya lebih menganggap kepada satu penghargaan. Perasaan sudah pasti sangat seronok dalam masa sama terharu.


“Apabila dipilih oleh pihak Astro dan Astro Gempak, saya sangat berterima kasih. Kerana dengan anugerah ini, setidaknya ada pihak yang nampak video dan karya saya ini dan layak diangkat untuk menerima penghargaan besar sebegini,” katanya kepada Gempak pada sidang media GMWA 2022 yang berlangsung malam tadi.


Jelasnya, video dengan suntingan kesan visual (VFX) dihasilkan dengan tujuan menarik minat pihak atau syarikat luar bekerjasama dengannya.


“Saya dan team masih sama. Daripada zaman awal buat video sampai sekarang team saya hanya kecil dan niat kami satu, untuk sajikan konten best bagi orang tengok.


“Namun dalam masa kami ada matlamat, nak tarik perhatian sesetengah pihak dan alhamdulillah yang terbaharu pihak Marvel Malaysia, mereka lamar team saya untuk collaboration dengan mereka.




https://www.instagram.com/p/CiINVj9Lk3n


“Saya kira ini adalah hadiah daripada hasil penat lelah kami. Dapat offer macam ini sebenarnya buat kami untuk ada lagu tujuan yang lebih besar untuk dikejar. Marvel Malaysia ajak kolaborasi dan hasilkan banyak lagi video dengan mereka.


“Apa pun ada satu lagi projek terbesar yang juga melibatkan satu jenama terkenal antarabangsa pada bulan April nanti. Tapi saya tak boleh nak bagi tahu sekarang. Ia adalah projek saya dan team yang paling besar setakat ini,” tambahnya.


Sofyank juga memasang impian memiliki rumah produksi sendiri yang dilengkapi peralatan menyunting video yang canggih.




https://www.instagram.com/p/Co9OMSDNGZt


“Saya nak ada staff yang ramai, alatan editing yang canggih macam syarikat di luar negara. Goal itu masih jauh sebab ia melibatkan kos yang sangat tinggi.


“Selain kos, tambah ilmu untuk edit juga antara goal saya. Ada yang kata editing skill saya mungkin hebat, tapi pada saya masih kurang hebat berbanding dengan orang luar negara, lima tahun akan datangsaya harap capai goal saya,” ujarnya lagi.




Sumber: Gempak

Myhappyending Publish time 27-2-2023 07:31 PM

Hebakk mung sofian

Perawankota Publish time 27-2-2023 09:15 PM

Klu dia ni menang aku setuju je

Tembikaigoreng Publish time 27-2-2023 10:09 PM

Hebat dia nie!!! Bnyk colab!!

epuepy Publish time 27-2-2023 10:57 PM

Tabik n bangga dgn dia ni. Muka skema je, tp collab ngn marvel tuh. Tahniah dik

Adrif Publish time 28-2-2023 12:35 AM

elok la amik dia ni

CGI Marvel dah teruk benau sejak habis avenger

harap upgrade dan update Marvel, better than ever

AKAZ85 Publish time 28-2-2023 06:25 AM

Meols suka tengok content budak ni dari awal dulu video dia sorang sampai la ni siap collaboration dengan artis luar lagi.. Tahniah sofyank.. Teruskan buat content best2 lagi

Suchi Publish time 28-2-2023 09:35 AM

Akhirnya ada gak berita dia masuk kat porem ni, kalau tak ntah sapa2 influencer mengarut je yg duk jd tajuk berita mcm latu ke apatah yg tak menyumbang apa2 kepada dunia tu.


Underrated dia ni kat Malaysia, nak harapkan ummah local nampak bakat dia mmg taklaaa kan balik2 yg wat content merapu jaa korang duk up.
Dia nih minat Zach King sampai Zach King pun minat kat dia

reenz013 Publish time 28-2-2023 09:42 AM

tahniah...bangga dgn beliau dan team

chikumanis Publish time 28-2-2023 09:51 AM

waaahhh...org lain beratur nak interview antman, dia senang je sampai boleh collab!
anak malaysia macam ni lah patut dibanggakan
tahniah dik!!

lifeline Publish time 28-2-2023 10:05 AM

Selain Aming, mmg sofyank influncer yg aku kagum
hebat collab dia semua hollywooddd

lifeline Publish time 28-2-2023 10:06 AM

Suchi replied at 28-2-2023 09:35 AM
Akhirnya ada gak berita dia masuk kat porem ni, kalau tak ntah sapa2 influencer mengarut je yg duk j ...

tula siap zach king mintak dia turun kt Indo sponsor hotel n flight lagi
lepas zach king terus collab dgn hollywood
siap Paul Rudd lagi
hebak lah dia ni

KamikuP Publish time 28-2-2023 10:22 AM

Tahnaiah dek Pian, ingat pesan meolls, cari pompuan yang baik utk jadik isteri jangan carik penyondol yaachh.. ekeke

makton Publish time 28-2-2023 10:25 AM

tahniahhhhh                        

missmirmo Publish time 28-2-2023 10:29 AM

KamikuP replied at 28-2-2023 10:22 AM
Tahnaiah dek Pian, ingat pesan meolls, cari pompuan yang baik utk jadik isteri jangan carik penyondo ...

dia dah kawen kan. cantik gak wife dia

lifeline Publish time 28-2-2023 10:30 AM

KamikuP replied at 28-2-2023 10:22 AM
Tahnaiah dek Pian, ingat pesan meolls, cari pompuan yang baik utk jadik isteri jangan carik penyondo ...

sofyank dah kawin chuolshihihi bini dia lek lek je xdemencapub sgt
cam bini mat luthfi lgsung xpernah tunjuk muka
tp sofyank tunjuk jgk la bini dia
video p bercuti kt swiss pon helok helok editing

KamikuP Publish time 28-2-2023 10:34 AM

lifeline replied at 28-2-2023 02:30 AM
sofyank dah kawin chuolshihihi bini dia lek lek je xdemencapub sgt
cam bini mat luthfi lgsung xper ...

Haah ye lah kan... dia dah kawen lupa lak.. tapi dah kawen pon kene le baerhati2 dengan penyondol berhidong vavi .. ekekeke

Suchi Publish time 28-2-2023 12:18 PM

Edited by Suchi at 28-2-2023 12:33 PM

lifeline replied at 28-2-2023 10:30 AM
sofyank dah kawin chuolshihihi bini dia lek lek je xdemencapub sgt
cam bini mat luthfi lgsung xper ...

Suka tgk gambar dorang g swiss , wife dia pun pandai berpesyen.Nampak laa classy tak mcmponder product yg selalunya mekap & fesyen manjang kelaut dlm.
bila p oversea pun nampak sweet je yela orgnya pun muda dan kecil molek pakai apa nampak elok laa
Takde laa pakai baju bulu2 mengarut yg aneh dgn mekap seperti badut.
Yelaa depa nih pun bkn geng2 rempit jual product timbang kilo.

electricopop Publish time 28-2-2023 12:23 PM

Tahniah! Dia boleh pergi jauh dengan talent dia.

Suchi Publish time 28-2-2023 12:32 PM

lifeline replied at 28-2-2023 10:06 AM
tula siap zach king mintak dia turun kt Indo sponsor hotel n flight lagi
lepas zach king terus col ...

Dia ni sejak sekolah lagi dah minat ngn vfx editing so nampakla kesungguhan dan passion dia tuh takde la sesaja buang masa.

Sblm ni dgn Will Smith, ni Paul Rudd plak pastu Jonathan tu tak pasti ada video ke tak tp dia jumpa juga kat Aussie aritu.

Finastu drpd membazir duit bagi dana kat pilem2 yg flop tah apa2 tu better la melabur kat bakat anak muda camni
Aritu nampak juga aziz m osman komen kt ig sambil tag astro shaw.

Pages: [1] 2
View full version: Sofyank Bangga Dilamar Marvel Untuk Bekerjasama


ADVERTISEMENT