CARI-MRO Publish time 27-2-2023 09:37 AM

Menang Anugerah, Hafiz Mahamad Bayar 70 Staf Bonus Sebulan Gaji Dan Sehari Cuti

Hafiz Mahamad memenangi kategori Digital Influencer Tergemak di Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA)


Terharu dengan kemenangan berkenaan, Hafiz berbesar hati memberi sehari cuti dan sebulan bonus yang dianggarkan berjumlah RM300,000.


"Sejak awal tercalon, staf saya antara yang banyak memberi sokongan malah mereka juga mengundi saya... sokongan tersebut membuatkan saya terharu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/27/093718c5eduyyf419xet1t.pngFoto: IG




"Tak salah untuk saya beri penghargaan kepada mereka dengan cuti selama sehari dan bonus sebulan.


"Bonus tersebut juga sebagai tanda kerja keras mereka selama ini," katanya yang ditemui sejurus selepas acara berakhir.




https://www.instagram.com/p/CowD5m8pL5e/?hl=en


Pada majlis tersebut sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian tidak termasuk anugerah khas.


Dalam pada itu, personaliti media sosial iaitu Sofyank membawa pulang trofi Hall of Fame kerana berjaya menghasilkan video meraih perhatian dunia.


GWMA dihoskan oleh Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee.


Antara persembahan hebat yang bakal menghiasi anugerah berkenaan adalah The Gadys, Dolla, Sara Sisters, Misha Omar, Marsha Milan, Namie, Khai Bahar, Defam, Nabila Razali dan Bunkface.


https://www.instagram.com/p/CpFmvFKSamv/?hl=en


Berikut adalah senarai pemenang GMWA;


1. Video Trending Tergempak - Meerqeen (Swipe Challenge)


2. Drama Trending Tergempak - Melur Untuk Firdaus


3. Selebriti Digital Tergempak - Datuk Seri Siti Nurhaliza


4. Digital Content Creator Tergempak - Ryan Bakery


5. Video Muzik Tergempak - Bad (Dolla)


6. Lagu Trending Tergempak - Bad (Dolla)


7. Personaliti Gamers Tergempak - Kambing Golek


8. Motivator Dogital Tergempak - Cikgu Fathi


9. Digital Influencer Tergempak - Hafiz Mahamad -CARI




https://www.instagram.com/p/Co8o20UjcQG/?hl=en


Sumber: mStar

nellyberry Publish time 27-2-2023 10:11 AM

Ke heols paksa staff vote?
Tu yg belanja bonus dan cuti.

esbok Publish time 27-2-2023 10:42 AM

ok lah tu, janji memang dia bagi

akuHavocczz Publish time 27-2-2023 11:12 AM

Anugerah tak berfaedah pun nak bangga.

prettyuglybabe Publish time 27-2-2023 11:51 AM

harap bonus sebulan tu bukan gaji minimum la ye..

HoneyManjer Publish time 27-2-2023 12:05 PM

Alhamdulillah
rejeki
tgk dia layan bini dia baik...
muliakan bini...
rezeki bini la tu...
betulla ape die cakap...
menumpak rezeki bini...
keep it up....jgn hanya sekadar konten....

Zazama Publish time 27-2-2023 01:24 PM

Ambil yg positif. Negetive vibe jdkan pengajaran. Mudah2an mereka berdua murah rezakinya.

nakkomenjugak Publish time 27-2-2023 02:44 PM

motip iol terbaca influencer tergamakkk

Mimo.mimo Publish time 27-2-2023 03:10 PM

Untung staf aina beauty. Rezekii dapat boss baik

bynroslan Publish time 27-2-2023 04:03 PM

Edited by bynroslan at 27-2-2023 08:04 AM

Oh mahap, terpaksa edit sebab rupanya termiss baca pasal Sofyank hihi.

KamikuP Publish time 27-2-2023 04:47 PM

Anugerah syok sendiri. Anyway wife dia dah sihat ke?

Perawankota Publish time 27-2-2023 05:37 PM

Ni anugerah Vote sendiri ke

intan244 Publish time 28-2-2023 02:40 PM

ni x termasuk bonus tahunan ke.

nuralisa Publish time 28-2-2023 04:20 PM

selain jual product, clinic dia ada service apa lagi? masuk web dia mcm x de info jer

namieamuro Publish time 28-2-2023 04:44 PM

anugerah? :lol::lol::lol:

flipolivio Publish time 1-3-2023 08:30 AM

KamikuP replied at 27-2-2023 04:47 PM
Anugerah syok sendiri. Anyway wife dia dah sihat ke?

Wife dia sakit apa?

rosedemon Publish time 1-3-2023 08:35 AM

terpaling laki misali kimax

black_handbag Publish time 1-3-2023 08:46 AM

wife dia tak nampak purely happy. lain dari zaman dia anak dara dulu dibawah jagaan mak pak dia

KamikuP Publish time 1-3-2023 09:08 AM

flipolivio replied at 1-3-2023 12:30 AM
Wife dia sakit apa?

Sakit mcm disihir katanya .. huhuhu

Rogue98 Publish time 1-3-2023 02:44 PM

Dulu aku suka aina ni....tapi skrg aku tgk muka dia mcm jahat....hmmm
Yg apiz tu....meluat tengok ....depan kaabah pun nak panjat bagi camera tangkap gambar dia paling depan. Something wrong betul.
Pages: [1] 2
View full version: Menang Anugerah, Hafiz Mahamad Bayar 70 Staf Bonus Sebulan Gaji Dan Sehari Cuti


ADVERTISEMENT