mattzzx Publish time 26-2-2023 11:09 AM

Hafizh raih satu mata berharga

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/LzPhotosMedia-8460_1677323605.jpg
AKSI Hafizh hari ini. FOTO Petronas MIE Racing Honda

Kuala Lumpur: Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin tidak pulang dengan tangan kosong pada perlumbaan 1 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) apabila meraih satu mata selepas menamatkan pelumbaan di kedudukan ke-15 pada aksi yang berlangsung di Litar Phillip Island.

Menurut Pelumba pasukan Petronas MIE Racing Honda itu, dia mengakui agak bertuah kerana berjaya menamatkan perlumbaan memandangkan ini kali pertama dirinya beraksi dalam keadaan litar yang basah sepenuhnya.

"Perlumbaan pertama tahun ini. Meskipun berlumba dalam keadaan litar basah, kali pertama saya berlumba dalam keadaan litar basah sepenuhnya dengan jentera baharu. Semuanya masih baharu dan tiada tanda asas yang boleh digunapakai.

"Namun kita mengambil perlumbaan ini secara berhati-hati dan kita berjaya menamatkan perlumbaan. Agak bertuah kerana saya boleh menamatkan perlumbaan dan meraih mata dan perlumbaan hari ini boleh dianggap baik.

"Apapun, kita kena lebih menunjukkan peningkatan terutama terhadap kelajuan untuk lebih rapa dengan pelumba lain. Sekiranya cuaca esok masih sama seperti ini, ia akan menjadi lebih menarik dan kita boleh mempamerkan sesuatu yang lebih lagi.

"Saya gembira dan harap kita dapat melakukan sesuatu yang lebih baik terhadap jentera dan perlumbaan esok," kata Hafizh yang akan menyertai dua lagi perlumbaan esok dalam Perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2, esok.

Perlumbaan 1 dimenangi pelumba Aruba.it Racing-Ducati, Alvaro Bautista manakala Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) kedua.

Melengkapkan pentas podium di tempat ketiga adalah pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Toprak Razgatlioglu.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/02/939868/hafizh-raih-satu-mata-berharga
Pages: [1]
View full version: Hafizh raih satu mata berharga


ADVERTISEMENT