mattzzx Publish time 26-2-2023 11:02 AM

Duplantis pecah rekod dunia lagi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ATHLETICS-FRA-POLE_VAULT_1677379672.jpg
DUPLANTIS pecah rekod dunia miliknya. -FOTO AFP

Clermont-Ferrand, Perancis: Armand Duplantis dari Sweden mencipta rekod baru lompat bergalah dunia dengan catatan 6.22 meter di kejohanan dalam dewan di Perancis dan menyifatkan ia sebagai "pengalaman luar biasa"

Duplantis yang juga juara Olimpik memperbaharui rekodnya sendiri 6.21m yang diciptanya ketika memenangi gelaran dunia di Oregon tahun lalu.

Beraksi di kejohanan All-Star Perche di Clermont-Ferrand yang dianjurkan oleh pemenang pingat emas lompat bergalah Olimpik 2012 Renaud Lavillenie, Duplantis mencatatkan rekod baharu pada percubaan ketiganya di hadapan 4,000 penonton yang hadir.

Duplantis, 23, berkata: "Apabila anda berdepan saat-saat seperti ini, apabila tenaga begitu tinggi dan anda akan beraksi ke sana untuk rekod, ia terasa seperti melayang, rasanya badan saya tidak pernah menyentuh tanah sepanjang lompatan.

"Ada sesuatu mengenainya yang amat menggembirakan saya sekarang. Saya benar-benar fikir ia adalah kerana Renaud. Dia sangat bermakna bagi saya, dia sangat bermakna kepada saya sejak saya mulakan karier saya.

"Dia menjadi inspirasi terbesar saya, idola saya. Dia memberi memotivasikan kepada saya membuatkan saya percaya bahawa saya boleh memecahkan rekod dunia.

"Jadi untuk saya memecahkan rekod dunia di sini, kampung halamannya, pertandingan yang dia anjurkannya," kata Duplantis kelahiran AS.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/02/939973/duplantis-pecah-rekod-dunia-lagi
Pages: [1]
View full version: Duplantis pecah rekod dunia lagi


ADVERTISEMENT