JejakaBujang Publish time 25-2-2023 05:22 PM

Berkenalan Dengan Orang Baru

Saya seorang jejaka berumur 29 thn ni. Kisahnya baru2 ni saya baru shj secara terus terang menyatakan hasrat utk berkenalan dgn seorang gadis ni. Cuma mungkin sbb saya berkalis seperti ‘saya nak berkenalan dgn awak’ dan bukannya ‘saya suka awak’ yg menyebabkan dia ingatkan saya nak sekadar berkawan TETAPI saya ada jelaskan kpd dia yg saya nak lebih drpd kawan. Rasanya dia fahamkan apa niat saya ? Sbb saya mtk peluang utk berkenalan.

Sebabnya dia juga ada menyatakan yg dia bagi peluang kpd saya kerana dia mcm kagum cara direct saya (call on the spot pada waktu tu). Cuma mtk saya hargai peluang tersebut sbb dia takut dan terima orang baru masuk hidup dia.

Si dia pulak jenis jarang sgt main fon sbenarnya. Setiap mesej akan dibalas lewat dlm 10-30 minit jugak tetapi berterusan. Setiap hari. Cuma perbualan seperti pertanyaan latar belakang lebih banyak drpd saya. Dia pun bukan jenis main sosial media sbb acc dia semua xaktif.

Kiranya utk kisah seperti ni saya ada peluang x utk memikat hati dia ? Agak-agak berapa lama baru dpt yakinkan dia ? Sbbnya mmg niat saya utk jadikan dia sbgai isteri saya. Cuma sbb mmg sblom ni xkenal masing2. Baru mula kenal minggu lepas itu yg saya masih xckp yg saya nak kahwin dgn dia. Adakah saya perlu cakap smpai begitu ? Atau dia sudah faham akan niat saya bila kata nak lebih dari kawan.

Adakah ni satu proses yg normal utk memikat seseorang tu atau dia sdg testing atau tarik tali dengan saya.





uzhumaki Publish time 1-3-2023 05:02 PM

complicatednya dikk zaman now terus terang je senang crita..:lol:

kaoru44 Publish time 1-3-2023 08:31 PM

rasanya baik terus terang je..niat dh betul..ckp je kalau dia stuju nk jmpe mak ayh..mybe dia dh byk lalui kisah2 xbest tu dia mcm xberia..moga dipermudahkan urusan..

JejakaBujang Publish time 18-3-2023 07:32 AM

kaoru44 replied at 1-3-2023 08:31 PM
rasanya baik terus terang je..niat dh betul..ckp je kalau dia stuju nk jmpe mak ayh..mybe dia dh byk ...

Sudah. Saya sudah terus terang dengan dia dan boleh jumpa jumpa keluarga dia anytime jika dia setuju.

Kami sudah berhubung selama sebulan. Dia kata dia sebenarnya sudah ada jawapan tapi sengaja tunggu sehingga tarikh yang kami tetapkan bersama.

Kiranya mcm mana tu ? Sbb selama ni berhubung saya susah nak baca dia mungkin sbb saya lelaki. Tapi bila bergayut, dia umpama orang berbeza. Boleh borak banyak perkara termasuk keluarga.

JejakaBujang Publish time 18-3-2023 07:35 AM

uzhumaki replied at 1-3-2023 05:02 PM
complicatednya dikk zaman now terus terang je senang crita..

Hahaha. Kan.

Saya sudah direct tapi dia suruh saya tunggu. Ikutkan dia dah ada jawapan tapi suruh saya tunggu akhir bulan nanti dia bagi tau jawapan dia.

Saya pulang fikir mcm2. Ikutkan dia pernah tanya saya soalan2 seperti perancangan saya, persediaan semua tu. Tak pasti tu benda baik atau tak.

AJENALI Publish time 18-3-2023 03:20 PM

Assalamualaikum dik, buat istikharah banyak2 dik. Insyallah hati tenang n redha pada apa2 keputusan.

Yang penting adik dah terus terang perasaan tu kat dia, jadi xde rasa ralat atau rugi.

Kerana nak nikah memang kene usaha. Tapi jodoh tu allah dah tulis di luh mahfuz lagi. Jadi keep calm.

Tunggu je hari keputusan tu. Tenang2 je. Apa2 yang jadi kalau happy or sedih fikir positif sebab u dah berusaha confront your feeling.

Pegang 1 je, apa yang memang ditakdirkan jadi rezeki kita, insyaallah akan jadi rezeki kita.

Sabar tunggu je respond dia, sebab dah ade ketetapan due date. Insyaallah lebih mudah.

Kalau due date tu x respond u pun akan faham apa jawapannya. So boleh move on je dik.

Good luck

NorAddin Publish time 27-4-2023 11:29 AM



haha ..
dont worry be happy ..
Hey Jude by Beatles

EJGbtTMqnOU
all d'best .. :C

michalelhavel Publish time 3-10-2023 08:44 PM

Edited by michalelhavel at 21-10-2023 08:59 PM

You've taken an ambitious step by expressing your interest and purpose. Communication is key in relationships, and honesty is a high quality sign. This character seems to admire you, though he may be wary of recent connections. It takes time and persistence to make a connection, and there may not be a set timeline for winning their heart. Let your movement speak, and let the connection develop. As for marriage, focus on getting to know each other first. Every date is unique, so keep it open. Desired good luck!

green~tea Publish time 3-10-2023 10:16 PM

Tak boleh ke ko just cut the crap and approach her ur intention? Kalo u tak bertepuk sebelah tangan, harus dia ok je utk set target kawen bila kumpul duit utk start new life...

Entah le aku nak cakap senang ye dok sbb aku ni pun dah tua masa jumpa husband... just cut the crap, sbb dah tua.. selang beberapa bulan je kitorg kawen simple2
Pages: [1]
View full version: Berkenalan Dengan Orang Baru


ADVERTISEMENT