chewan Publish time 25-11-2010 11:24 AM

Pokok mati akibat WiFi

Pokok mati akibat WiFi
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1125/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg

GAMBAR menunjukkan pokok ash.



ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.


Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.


Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.


Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.


Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.


Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

Search Publish time 25-11-2010 12:49 PM

interesting info...

gals2 Publish time 26-11-2010 02:59 PM

yup..radiation maybee..ada effect pada manusia...:)

pinklollipop Publish time 29-11-2010 07:56 AM

Reply 1# chewan


    Kajian pasal wifi @ electromagnetic field (EMF) ni pernah dikaji oleh pasukan Treehugger berkenaan dengan EMF dekat pokok maple.

Kajian tu pd mulanya sebagai 'April Fool' entry pada tahun 2007. Situasi yg mereka lihat selepas pemerhatian:

1) Cabang Y pada pokok maple:

http://img574.imageshack.us/img574/2011/mapletree1.jpg



http://img534.imageshack.us/img534/7517/mapletree3.jpg
Kesan Eletrobonsai-Effect dekat Toronto, Canada.

http://img528.imageshack.us/img528/6860/mapletreebig2.jpg

--close up--





2) Control group (tanpa kehadiran EMF)

http://img440.imageshack.us/img440/2141/controlgroupmapletree.jpg

+++++

nampaknya kajian mereka terbukti benar 3 tahun kemudian....

Treehugger mula menulis entry berkenaan " Is wifi killing our tree? "

Kajian Dutch dekat Wageningen University membuat kajian yg 'abnormalities' pada pokok itu tidak boleh dijelaskan sama ada virus atau bakteria infeksi. Namun, pihak universiti itu gagal menemui jawapan kenapa pokok-pokok jadi macam tu.

Tak lama lepas tu, Washington University dekat St. Louis mengeluarkan kenyataan yg meyakinkan bahawa radisiwi-fi sebenarnya menyebabkan 'abnormalities' pada pokok dan mereka membuat kajian pada sap pokok, kulit pokok dan pelbagai serangga yg menetap di sekitar pokok tersebut. Hasil kajian menunjukkan pokok-pokok yang terdedah pada teknologi RF (Radio Frequency ) seperti wi-fi mati selepas setahun terdedah kepada RF itu.

Sebab tu la mereka menyarankan supaya wi-fi tidak digunakan di sekitar 10 batu dari mana-mana pokok.

so, impak kepada manusia? fikir2kan la.....

bukan takat wi-fi, handphone pun kalau boleh kena jarakkan sedikit dr kita...mksdnya tak boleh la terlalu lama terdedah kepada gadgets tu.:sweat3:



pinklollipop Publish time 29-11-2010 08:03 AM

Info pasal treehugger:

TreeHugger is the leading media outlet dedicated to driving sustainability mainstream. Partial to a modern aesthetic, we strive to be a one-stop shop for green news, solutions, and product information. We publish an up to the minute blog, weekly and daily newsletters, weekly radio interviews, and regularly updated Twitterand Facebook pages.

Credit to:Treehugger
Pages: [1]
View full version: Pokok mati akibat WiFi


ADVERTISEMENT