chewan Publish time 25-11-2010 11:21 AM

Saintis kaji ular terbang

Saintis kaji ular terbang
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1125/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg
SEEKOR ular Chrysopelea paradisi terbang dari satu kawasan tinggi dalam satu eksperimen di Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membiayai projek untuk mengkaji bagaimana beberapa spesies ular pokok di Asia Tenggara boleh terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian itu dipercayai mempunyai implikasi besar bagi mencipta teknologi untuk membina pesawat kawalan jauh tentera yang dapat meluncur dengan lebih lancar.

Ahli biologi Universiti Virginia Tech, Jake Socha melakukan kajian dengan meneliti rakaman tiga dimensi (3D) bagaimana spesies ular Chrysopelea paradisi terbang ke udara dari kawasan setinggi 15 meter.

"Ular itu sendiri seperti satu sayap yang panjang. Sayap itu sentiasa meliuk dan berubah bentuk," kata Socha.

Menurutnya, pergerakan aneh itu menghasilkan kesan aerodinamik yang membolehkan ular itu meluncur dari pucuk pokok tinggi pada jarak hampir 245 meter.

Ular Chrysopelea paradisi itu didapati menipiskan badannya semasa di udara dan ia meliukkan badannya dari sisi ke sisi pada kelajuan tinggi. - Agensi

dauswq Publish time 25-11-2010 01:14 PM

PhImeyXottQ

ITRFtwCmSrs

melompat2 snake tu;P

BiancoFisso Publish time 25-11-2010 02:52 PM

nak bidio ular lompat lagik...best la plak...:D

daiman Publish time 29-11-2010 03:48 PM

ular terbang sama tak ngan ular cobra..:o

dauswq Publish time 29-11-2010 06:13 PM

Reply 4# daiman

ular cobra lain...
ia spesies yg tergolong dlm famili Elipadae...
ular terbang tergolong dlm famili Colobridae...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/55/Najahaje.jpg

tp ular cobra masih mempunyai sedikit ciri-ciri sama ngan ular terbang...
iaitu membunuh mangsa dengan racun...

BiancoFisso Publish time 30-11-2010 08:57 AM

kalo tgh2 die terbang tu terbabas, jatuh atas pala org yg tgh lalu2 tu...mmg maut la yek?

neway, ular ni mkn tumbuhan2 ke, serangga ker, or mkn binatang lain?

kid_carbon Publish time 3-12-2010 07:23 PM

rasa nye ular tu terbang sbab sedikit momentum dan bantuan graviti kot....
Pages: [1]
View full version: Saintis kaji ular terbang


ADVERTISEMENT