CARI-MAL Publish time 17-2-2023 05:43 PM

Tengku Salehuddin Minta Bekas Isteri Kembalikan Anak Ke Malaysia

Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah Alhaj atau lebih dikenali sebagai Tengku Bib menerusi Instagram mendedahkan sesuatu mengenai bekas isterinya.


Menerus Instastorynya, kerabat diraja ini mengungkapkan rasa tidak puas hati terhadap bekas isterinya kerana sering dipersalahkan atas segala apa yang telah beliau berikan untuk anak dan bekas isterinya itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/17/174104my4alm3a0zqytym4.jpg



Menurutnya, beliau masih menyara anaknya dalam nilai mata wang dollar Amerika, USD dan masih lagi memberi bantuan kepada bekas isterinya jika keadaan memerlukan.


Apa yang Tengku Salehuddin mahukan adalah kembalikan anak supaya beliau dapat menjaga dan membesarkannya di Malaysia.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/17/174105w2qmllifll5mgplm.jpg



Beliau juga memberitahu bekas isterinya itu untuk berhenti menagih bantuannya.


“Kamu hanya akan baik dengan saya apabila memerlukan duit, sudah 5 tahun kamu di US dan kamu masih tiada apa-apa untuk ditunjukkan.


“Kamu telah menjenamakan semula diri anda seratus kali! Semua cakap besar tapi adakah ada hasil yang nyata? Jika kamu benar-benar melakukannya dengan hebat seperti cara kamu katakan, kamu tidak perlu meminta bantuan saya lagi. Saya rasa sudah tiba masanya untuk kamu hentikan sandiwara ini, bangun. Dan sedar bahawa Malaysia adalah di mana anak saya perlu berada.


“Saya telah mendiamkan diri untuk sekian lama di IG selama setahun untuk membiarkan kamu melakukan perkara kamu mahu (apa-apa perkara itu, saya tidak tahu, kerana kamu nampaknya mempunyai idea perniagaan baru setiap bulan).


“Tetapi dengan kondisi kamu yang seolah-olah telah dianiaya, malah kesihatan mental dan fizikal kamu masih menderita. Nampaknya seperti saya yang dipersalahkan. Saya telah memberikan kamu semua yang kamu mahu, saya telah ditentukan oleh peraturan kamu . Saya telah menampung belanja anak saya (dalam mata wang USD) dan telah menyokong kamu setiap kali kamu mahukan.


"Saya telah memberi kamu perceraian tahun lepas, dan kamu berjanji dengan saya akan membawa Bryan pulang untuk musim panas tahun ini walaupun saya tidak akan menyimpan harapan saya ini,” tulisnya di IG Stories.




Terdahulu, selepas perceraian mereka tahun lepas, Tengku Chanela Jamilah membawa bersama anak mereka, Bryan ke luar negara.




Sumber: Murai

DeLuna85 Publish time 17-2-2023 07:56 PM

Oh wow gossip mcmni yang kita nak

nakkomenjugak Publish time 17-2-2023 10:27 PM

lemme mind my poor broke ass business.

EriaDoritis Publish time 18-2-2023 01:00 AM

Lama betul kes ni tak settle lagi...?

Whatsofunnyth Publish time 18-2-2023 09:18 AM

Ingatkan dh settle:(

terfikir pulak family dorang awkward tk ye dgn kes ni sbb mcm mana pun TCJ kan cousin jagong, jagong pun husben kepada makcik bib

MizzNaza Publish time 18-2-2023 12:57 PM

TCJ bukan adik beradik ngan Tg Burn menantu jagung tu kan?

None68 Publish time 18-2-2023 01:24 PM

Sejenis pisau cukur jugak la kan, so gunakan anak utk dpt duit extra..sama spesis bini sofa merah.

Whatsofunnyth Publish time 18-2-2023 01:47 PM

MizzNaza replied at 18-2-2023 12:57 PM
TCJ bukan adik beradik ngan Tg Burn menantu jagung tu kan?

TCJ - burn = first cousin
TCJ - Jagong = first cousin
TCJ - amir(anak azmee)=sibling same dad&mom

Burong_Hantuk Publish time 18-2-2023 06:55 PM

Boleh jer mntk tlg kazen dia yg kat selatan tu tlg . contact si kazen kat us pun bkn calang2

ReginaGeorge Publish time 19-2-2023 06:30 AM

Disebalik krisis rumah tangga org2 berprofil tinggi, adalah sesuatu yang rakyat jelata mcm kita ni tak tau. Bahaya nak komen2

nazurah Publish time 19-2-2023 07:18 AM

Lama dah unfollow Jamidah… nampak mcm tak betul aje, cemana la dia jaga anak. Elok Bib ni pi fight la, tunggu Jamidah pulangkan anak sampai ke besor la budak tu tak dibawa balik.

DARSITA Publish time 19-2-2023 07:48 AM

Dia tak boleh tulis mcm ini sebab kalau dia fight kes ini di makamah US kemenangan di pihak dia adalah tipis kerana dia seolah olah memburukkan ex-wife dgn masalah mental prob. Dia bukan doktor pakar yang boleh tentukan isteri dia ada masalah mental.

takkizawa Publish time 19-2-2023 12:17 PM

Bukan buat bisnes medical marijuana / hemp ke kt us tu?

Piramida Publish time 19-2-2023 01:35 PM

Edited by Piramida at 19-2-2023 01:39 PM

Dekat sana US pun mcm tak bersiap je.. Mata lebam... Muka kusam...
As if bare face, perjuangkan marijuana ke apa ntah as medicine?
Dan promote healing cara alami.. bunyi2 music ke apa ntah... Tapi tak nampak fresh... Kusam.

Burong_Hantuk Publish time 19-2-2023 03:05 PM

Aku pun macam rasa si TJ mcm x berapa nk waras...mgkn depression kah?

cap_ayam Publish time 20-2-2023 07:05 AM

Tak boleh buat macam krabat ganu dulu tu ke.. bawa lari anak dari ossie naik kapal :L

epal_putih Publish time 20-2-2023 09:52 AM

Kesah orka² ni beginilah..
Moga ada penyelesaiannya..

Zaien Publish time 20-2-2023 11:57 AM

tcj tu mcm x btol sikit ey.. bkn ke dia dok promote marijuana kt sna?

Sazreena Publish time 20-2-2023 12:12 PM

Sayang cantik-cantik tapi mental buatan..nak fight dedua kayangan..payaah.

bondeh Publish time 20-2-2023 05:47 PM

MizzNaza replied at 18-2-2023 12:57 PM
TCJ bukan adik beradik ngan Tg Burn menantu jagung tu kan?

Tg Burn adik beradik dengan Tg Marsilla bini H2O.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Tengku Salehuddin Minta Bekas Isteri Kembalikan Anak Ke Malaysia


ADVERTISEMENT