mattzzx Publish time 11-2-2023 11:11 AM

Azeem sekali lagi pecah rekod 60m

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Azeem_Fahmi2_1676082374.jpg
AZEEM (dua dari kanan) ketika beraksi dalam acara 60 m dalam dewan di Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson di South Carolina. FOTO Ihsan Auburn TFXC

Kuala Lumpur: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi apabila apabila sekali lagi berjaya memecahkan rekod kebangsaan kali ini dalam acara 60 meter (m) dalam dewan, awal pagi tadi.

Pada aksi final Kejohanan Jemputan Tiger Paw di University Clemson di South Carolina, pelari pecut berusia 18 tahun itu yang mewakili Universiti Auburn menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan masa 6.62 saat (s).

Rekod masa yang dicatatkan itu menyaksikan anak jati Perak itu memperbaharui rekod kebangsaan miliknya 6.63s yang dilakukan di Kejohanan Texas Tech Open & Multi di Texas, dua minggu lalu.

Terdahulu, Azeem memecahkan rekod kebangsaan selama 24 tahun milik Watson Nyambek 6.66s yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.

Pada aksi final awal pagi tadi, pingat emas dimenangi Trayvon Bromell dengan catatan 6.42s diikuti Marcellus Moore kedua (6.56s) manakala Sterling Warner-Savage ketiga (6.59s).

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/02/934820/azeem-sekali-lagi-pecah-rekod-60m
Pages: [1]
View full version: Azeem sekali lagi pecah rekod 60m


ADVERTISEMENT