sfhzuraz Publish time 9-2-2023 07:42 PM

Hussein ganti Arjunaidi sebagai Ketua Polis Selangor

Hussein ganti Arjunaidi sebagai Ketua Polis Selangor


Oleh Safeek Affendy Razali - Februari 9, 2023 @ 7:37pmsafeek@bh.com.my




https://assets.bharian.com.my/images/articles/hussein_1675942651.jpg
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi JSJ Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan



KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, akan dilantik menjadi Ketua Polis Selangor berkuat kuasa 13 Mac depan.
Beliau menggantikan bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang bersara wajib pada 2 Januari lalu.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata Hussein yang kini menjawat pangkat Deputi Komisioner (DCP) akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Selangor dengan pangkat Komisioner (CP).
"Beliau akan memulakan tugasnya bermula 13 Mac depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hussein, 53, berasal dari Bidor, Perak, telah berkhidmat selama 28 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau sebelum ini pernah mengetuai Pembinaan dan Pengoperasian Forensik Databank DNA Malaysia serta terbabit dalam siasatan forensik kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Selain itu, beliau juga turut diberi tanggungjawab mengetuai siasatan operasi MH17 di Ukraine, pada tahun 2014.
Ketika ini, jawatan Ketua Polis Selangor dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.


sumber





Pages: [1]
View full version: Hussein ganti Arjunaidi sebagai Ketua Polis Selangor


ADVERTISEMENT