CARI-MRO Publish time 7-2-2023 05:41 PM

Wanita Dikecam Datang Majlis Nikah Sepupu Pakai Baju Warna Putih Juga "Dah Macam Penyondol"

Seorang wanita meraih perhatian ramai apabila dia menggayakan busana putih ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupunya di Johor, baru-baru ini.


Menerusi video tular, Nadzeera Sari, 26, dilihat duduk berdekatan pengantin perempuan yang turut menggayakan busana putih sehingga dia dituduh sebagai perosak majlis.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/07/174100on4udhnd4nn2brv4.pngFoto: mStar




"Nikah pakai putih sejak dulu lagi memang jadi kebiasaan. Jadi kita yang tetamu ni pakai la warna lain.


"Orang jenis macam ni. Berani dia duduk dekat dan rosakkan gambar pengantin. Saya tak boleh bayangkan.


"Duduk la jauh sikit. Kalau aku jadi pengantin tu, mahu kena halau, dah bad mood aku," tulis beberapa netizen.


Menurut Nadzeera yang juga seorang model, dia tidak berniat untuk merosakkan majlis, malah pemakaian baju rona putih berkenaan turut mendapat 'restu' pengantin sendiri.




7196210859247553818


"Kejadian berlaku ketika wedding sepupu saya minggu lepas. Masa tu kawan saya yang jadi jurusolek pengantin. Saya tak sangka akan terpilih baju warna sama. Saya ingatkan sanding biasa. Biasa sanding orang pakai baju warna lain.


"Ketika sedang mekap, pengantin cakap yang baju dia warna putih. Saya memang tak standby baju warna lain. Saya tanya pengantin, macam mana ni? Dia kata tak apa. So kita dah setuju dengan pengantin dan terus go on," jelasnya.


Menurut Nadzeera lagi, ibu pengantin juga menyuruh dia menemani mempelai ketika acara itu dan langsung tidak timbul sebarang isu berhubung pakaian rona serupa.


"Awalnya saya pun tak nak turun untuk sertai majlis. Tapi mak pengantin yang tarik saya. Dia suruh teman Nina (pengantin). Saya macam, alamak, macam mana, baju sama ni?


"Mak pengantin kata tak apa baju sama. Dah baju sama, kau pergi teman Nina kat belakang. Sebab tu saya duduk dekat pengantin. Tapi kalau perasan dalam video, makin lama saya makin ke tepi," jelas Nadzeera.


Menurut wanita itu lagi, mereka tidak berdepan sebarang isu ketika majlis berlangsung, namun berbeza reaksi yang diterima selepas ia tular di media sosial.


"Masa dekat rumah pengantin tak ada isu pun. Masuk TikTok terus lain penangannya. Bagi saya, tak apalah, kita buat video tu saja untuk kelakar-kelakar je.


"Kita bukan nak sakitkan hati sesiapa. Saya pun dah tanya sepupu, dia okey ke tidak. Yang komen tu lantaklah.


"Nama pun viral dan nama pun netizen. Kecaman mereka saya terima. Tapi memang tak sangka video tu viral dalam beberapa jam selepas dikongsi ke TikTok," ujarnya lagi.


Mengenai dirinya, Nadzeera yang merupakan model sepenuh masa sejak dua tahun lalu dan turut mengusahakan perniagaan minuman di sebuah medan selera di kawasan Kempas.


"Selain kerja model, kerja hakiki saya adalah bisnes dekat Kempas. Bisnes kedai air di foodcourt.


"Dah berniaga kedai tu tujuh tahun dengan keluarga. Tapi saya dah ambil alih dua tahun lepas," jelas Nadzeera. -CARI


Sumber: mStar Online

Nana_Man Publish time 7-2-2023 06:52 PM

Aku rasa common sense kot kalau gi majlis gitu avoid certain colours.

hasniey Publish time 7-2-2023 07:52 PM

Ai rasa kalau majlis nikah mmg org xpakai bju putih.nikah kot.bukan sanding ko nk expect org tu pakai baju brcorak2.rasanya 90% rakyat malaysia yg nikah pakai bju putih

kotakominami Publish time 7-2-2023 08:03 PM

Pakai baju putih tu satu hal, ko punye beropol ropol dgn tudung kerawang obvious sgt dik..tak nk kalah....ko tgk sekeliling ade kw over cam kau

Carcosa Publish time 7-2-2023 08:09 PM

Dahla baju dia lagi putih drpd baju pengantin. Means di lagi nampak terang.
Kalau aku jadi pengantin tu, siap ko. Time ko kawin nnti, aku plk pakai baju sebijik sebijan dgn ngko. Bkn setakat warna, design, cutting, jenis kain, tailor mana, semua sama. Siap ngko

dua_chzy Publish time 7-2-2023 08:19 PM

Anjing ok kazen sebegini.

Belibis Publish time 7-2-2023 08:28 PM

dua_chzy: Anjing ok kazen sebegini.
Takkan la ticer boleh terpedaya dengan kontent murahan gini..

fair_iza Publish time 7-2-2023 09:04 PM

Nak iklan diri dan bisnes tu...sila baca perenggan akhir

eyansss Publish time 7-2-2023 09:33 PM

common sense sebenarnya...putih is a big no no...tak kisah la waktu nikah ke, waktu sanding ke...tapi dalam video tu bukan ke ada part tengah dinikahkan...pedooh betul perempuan ni...

habisnamadahni Publish time 7-2-2023 09:55 PM

Carcosa: Dahla baju dia lagi putih drpd ...hahaha...balas dendam balikk

Kentot_Wangi Publish time 7-2-2023 11:28 PM

Kau boleh fikir kot. Nikah sape2 pn mesti pilihan utama wrna putih. Jadilah mnusia yg bijak. Ade isu ke tidak, jgn lah overshadow pengantin. Itu hari bahagia dia. Sekali seumur hidup.

makadek Publish time 7-2-2023 11:33 PM

Content berjayaaaa trik crowd kenal kedai buah

supernaturalee Publish time 8-2-2023 08:39 AM

erghhh
3, 3 bebal

just look at the picture

electricopop Publish time 8-2-2023 10:12 AM

Maybe depa nk kahwin sama sama kut. ;P

Meiizu Publish time 8-2-2023 10:36 AM

Meme layak dikecam tak reti guna common sense...pengantin tersenyum sinis

nurul_akmar Publish time 8-2-2023 11:43 AM

mmg la kalau ko tanya tuanpunya badan cakap ok je. sbb malas nk gaduh. tp dlm hati pikir la sendiri. yg ko pon sibuk la nak pakai putih.

Eva_yy_Ellin Publish time 8-2-2023 12:23 PM

Tak kisah la sanding ke, nikah ke, bertunang ke...
Baju warna putih is a big no untuk majlis macam ni sebab kebarangkalian pasangan yang nak diraikan tu pakai baju putih sangat tinggi. Melainkan tema majlis warna putih macam Neelofa.
Selain daripada tu, jangan guna alasan "tak sangka tersama warna"
Benda ni common sense. Even mat salleh pun boleh putus sedara kalau pakai baju putih di majlis kahwin.

KamikuP Publish time 8-2-2023 12:29 PM

Mcm lepas akad nikah yg pertama, tok kadi jerit "NEXT!!!"... ekekek

nipskacang Publish time 8-2-2023 12:40 PM

Cousin busuk hati ni, common courtesy x akan pakai baju warna putih. Plg tak mst as a cousin kita turut sama excited tanya2 cousin kita pakai baju warna apa sanding and akad nikah.

sayurmayur88 Publish time 8-2-2023 01:40 PM

common sense
Pages: [1] 2
View full version: Wanita Dikecam Datang Majlis Nikah Sepupu Pakai Baju Warna Putih Juga "Dah Macam Penyondol"


ADVERTISEMENT