mattzzx Publish time 6-2-2023 04:44 PM

Shereen pecah rekod kebangsaan buat kali ketiga

https://assets.bharian.com.my/images/articles/samson05_1675592429.jpg
Gambar fail - Shereen Samson Vallabouy (depan) dalam satu perlumbaan sebelum ini. - Foto ihsan You tube

KUALA LUMPUR: Kerja keras atlet olahraga wanita negara yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Shereen Samson Vallabouy semakin menampakkan hasil positif.

Ini selepas pelari berusia 25 tahun itu mencipta sensasi apabila sekali lagi berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya bagi acara 400 meter (m) dalam dewan.

Kejayaan itu hadir ketika dia memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s), awal pagi semalam.

Catatan itu membolehkan dia memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara itu sebelum ini dengan catatan 53.47s yang dilakukan ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, bulan lalu.

Sebagai rekod, ini adalah kali ketiga dia memecahkan rekod kebangsaan dalam tempoh kurang setahun.

Pada Mac tahun lalu, nama Shereen mula menjadi sebutan apabila dia melebur rekod kebangsaan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.

Shereen yang kini menuntut di Winona State University di Minnesota, berkata segala penat lelahnya boleh dikatakan berbalas apabila berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 400m.

"Pengalaman yang cukup berharga apabila berjaya memecahkan rekod peribadi 53s kepada 52.87s dalam acara trek 400 m," katanya.

Shereen adalah anak bongsu kepada bekas bintang olahraga negara Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2023/02/1060080/shereen-pecah-rekod-kebangsaan-buat-kali-ketiga
Pages: [1]
View full version: Shereen pecah rekod kebangsaan buat kali ketiga


ADVERTISEMENT