chewan Publish time 22-11-2010 05:40 PM

Langir Pengilat logam semulajadi

Pengilat logam semulajadi

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Penyelidik 'cilik' yang memenangi pertandingan Inovasi menunjukkan produk yang telah mereka hasilkan.

Jika di Sarawak ia di kenali sebagai Langir atau Nyalin, ia merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang terkenal kerana ia dijadikan sebagai bahan pembersih serbaguna.

Buahnya boleh didapati sepanjang masa berikutan pohon tersebut menghasilkan buah sepanjang tahun.

Di dalam bahasa saintifik, ia dikenali sebagai Xanthophyllum amoenum telah lama digunakan oleh penduduk Sarawak dalam kehidupan seharian.

Namun, sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak mendapati buah tersebut boleh dikormesialkan.

Tambahan, kegunaannya yang amat berkesan dalam proses pembersihan selain turut digunakan dalam mengilatkan permukaan logam seperti tembaga, perak dan besi.

Penemuan tersebut sekali gus menobatkan Audrey Alexander, Ariss Alexander dan Joshua Joel bersama guru pembimbing mereka Wong Mi Ing sebagai juara bagi Pertandingan Inovasi di Karnival Malaysia Inovatif (MI) 2010, Zon Sarawak bagi kategori Sekolah Menengah.

Jika untuk kegunaan harian, kulit buah tersebut akan dikupas dan dikeringkan sebelum digunakan seperti sabun.

Ia akan menghasilkan buih bagi menanggalkan pelbagai kekotoran.

Justeru untuk tujuan kormersil, kulit buah tersebut akan dikeringkan akan dikisar menjadi halus kemudian ia akan dicampurkan bersama air dan dididihkan.

Estrak yang dihasilkan daripada proses tersebut akan digunakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

Selain berjaya dinobatkan sebagai pemenang, mereka turut berjaya membawa pulang trofi beserta hadiah wang tunai bernilai RM3,000.

penemuan mcm nie patut cepat2 d komersialkan :curse::$

chewan Publish time 22-11-2010 05:48 PM

cth buah nyalin...kalo salah harap maaf n betulkan..sbb blum pernah tgk depan mata

http://www.rarepalmseeds.com/images/XanAmo.jpg
Pages: [1]
View full version: Langir Pengilat logam semulajadi


ADVERTISEMENT