chewan Publish time 22-11-2010 05:21 PM

Misteri Penyakit Parkinson

Penyakit Parkinson merupakan salah satu daripada gangguan saraf yang paling kompleks dan mengelirukan. Puncanya masih misteri, tetapi kajian masih diteruskan dengan pelbagai penemuan baru dilaporkan. Penyakit Parkinsonpertama kali ditemui pada tahun 1817 oleh James Parkinson, seorang pakar perubatan British yang menerbitkan sebuah rencana yang dipanggil The Shaking Palsy. Dalam rencana ini, beliau menyatakan terdapat empat gejala utama penyakit ini yang kemudianya diberi nama Parkinson bersempena dengan nama beliau. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mengenalpasti kerosakan otak merupakan penyebab utama penyakit ini. Ia disebabkan oleh kehilangan sel-sel otak yang berfungsi mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin yang membantu secara terus aktiviti otot.
Penyakit Parkinson adalah satu kumpulan keadaan yang dipanggil gangguan sistem motor. Empat gejala awal adalah seperti berikut:
1. Tremor iaitu menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.
2. Rigiditi iaitu kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.
3. Bradikinesia iaitu pergerakan yang perlahan.
4. Postural instabiliti iaitu kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.
Dengan adanya gejala-gejala tersebut, pesakit mungkin susah berjalan, bercakap ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang kronik di mana ia berlaku bagi jangka masa yang lama, dan progresif iaitu gejalanya bertambah teruk sepanjang masa. Ianya tidak berjangkit kepada ahli keluarga ataupun generasi lain.
http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2010/11/Dr-James-Parkinson.jpg
Gambar : Dr James Parkinson, pakar perubatan yang menemui Penyakit Parkinson sempena namanya
       

chewan Publish time 22-11-2010 05:23 PM

Post Last Edit by chewan at 22-11-2010 17:25

Reply 1# chewan


    Penyakit Parkinson berlaku apabila setengah sel saraf ataupun neuron dalam satu kawasan otak yang dipanggil substantia nigra mati ataupun cedera. Pada kebiasaannya, neuron-neuron ini mengeluarkan sejenis bahan kimia otak yang dipanggil dopamin. Dopamin adalah sejenis kimia penghantar (neurotransmitter) yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara substantia nigra dan korpus striatum bagi melembut dan memudahkan aktiviti otot. Kehilangan dopamin menyebabkan sel-sel saraf striatum hilang kawalan dan meninggalkan kesan di mana pesakit tidak dapat mengawal pergerakan dalam situasi normal. Kajian menunjukkan, pesakit Parkinson kehilangan 80 peratus ataupun lebih sel-sel pengeluar dopamin di dalam substantia nigra. Sebab-sebab sel ini mati ataupun merosot tidak diketahui puncanya.

Sesetengah saintis berpendapat bahawa penyakit Parkinson disebabkan oleh racun luaran ataupun dalaman yang merosakkan neuron dopaminergik. Satu faktor persekitaran sama ada pendedahan kepada racun serangga ataupun racun dalam makanan boleh menyebabkan penyakit Parkinson seperti 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-tetrahydropyridine (MPTP). Ia diketahui dapat merangsang gejala-gejala Parkinson pada manusia. Setakat ini, tiada kajian yang dapat membuktikan racun-racun berkenaan boleh menyebabkan penyakit Parkinson.

Satu teori baru mendedahkan peranan faktor genetik dalam perkembangan penyakit Parkinson. Di dapati 15 hingga 20 peratus pesakit Parkinson mempunyai saudara mara yang mengalami gejala Parkinson seperti mengeletar (tremor). Kajian yang dijalankan ke atas haiwan ujikaji menunjukkan bahawa MPTP dapat mengganggu fungsi mitokondria di antara sel-sel saraf. Para penyelidik lebih berminat dengan kemungkinan ini di mana kemerosotan di dalam mitokondriaDNA mungkin menjadi penyebab Parkinson. Mitokondria adalah organel penting yang terdapat dalam semua sel haiwan. Ia menukarkan tenaga dalam makanan kepada bahan bakar bagi sel. Teori lain pula mengatakan bahawa penyakit Parkinson dapat berlaku pada bila-bila masa.
http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2010/11/Ali-and-Fox-300x225.jpg
Gambar : Muhammad Ali dan Miachael J. Fox antara selebriti terkenal yang mengidap Penyakit Parkinson

artikel lengkap di sini : http://www.majalahsains.com/2010/11/misteri-penyakit-parkinson/

BiancoFisso Publish time 24-11-2010 03:15 PM

Post Last Edit by BiancoFisso at 24-11-2010 15:17

sekarang org tengah gigih promote treatment ayurveda utk cure parkinson ni...sebab katanya ayurveda ni bukan saja dpt cure kan parkinson tp dpt kesan imbalance dlm badan pesakit tu...dieorg gunakan sejenis pokok yg ader rupa2 pokok kera gitu iaitu velvet bean...dlm velvet bean ni ader sejenis bhn kimia Levodopa or L-Dopa yg boley convert easily as dopamine kat brain yg mana kita taw pesakit parkinson ni kekurangan dopamine dlm otak..ada gak testi2 yg jadi sehat sikit pas buat treatment ni...ader kat web ni...slh satu website dr yg offer treatment ayurveda ni -->http://www.drpaneri.com/

john_pablo Publish time 8-12-2010 12:44 PM

tp kalo masalah dopamin pn lh sebabkan skizo..kira dopamin ni penting..kalo x stabil susah..

膜面人 Publish time 10-12-2010 10:46 AM

i had read a book about vitamin prevention for parkinson, the book recommended B complex for such diease prevention. and this type of diease is actually because of long term of radicals attack on the brain cells. so some anti-oxidants also nice to prevent such an illness. :)

膜面人 Publish time 10-12-2010 12:52 PM

Reply 3# BiancoFisso


    OPC juga bagus untuk otak dengan fungsinya expel the heavy metals which are accumulated inside the brain. it also has a function of normalise the abnormal cells like cancer cells:).
Pages: [1]
View full version: Misteri Penyakit Parkinson


ADVERTISEMENT