Raline Publish time 1-2-2023 02:59 PM

Tahniah! Ratu Boling Negara Shalin Zulkifli & 3 Atlet Kebangsaan Ini Kini Bergelar Datuk

Tahniah! Ratu Boling Negara Shalin Zulkifli & 3 Atlet Kebangsaan Ini Kini Bergelar Datuk

https://murai.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-01-at-1.58.32-PM-750x495.jpeg

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 164 penerima bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Turut berangkat pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Istana Negara ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

4 Atlet Kini Bergelar Datuk

https://murai.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Image-2023-02-01-at-1.58.31-PM.jpeg
Beberapa ahli sukan menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Lim Teong Kim; bekas ratu boling negara Datuk Shalin Zulkifli; atlet bina badan Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan bekas Pengarah Kejurulatihan Persekutuan Karate Malaysia Datuk P. Arivalagan.

Shalin Zulkifli, 44 merupakanseorang pemain boling 10 pin profesional Malaysia dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Manakala Lim Teong Kim adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan sekarang ini beliau menjadi penolong jurulatih kelab Bayern Munich bawah 19 tahun.

Syarul Azman Mahen Abdullah atau lebih senang dikenali sebagai Mike Mahen pernah muncul sebagai Mr. Asia dan Mr. Universe 2019. Anak jati Kuala Lumpur berusia 46 tahun itu mula memeluk Islam sejak berusia 19 tahun.

Menurut sumber Bernama, pada istiadat hari ini, 16 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); 19 dikurniakan Kesatria Mahkota Wilayah (KMW); 15 dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 92 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).


SUMBER:https://murai.my/2023/168133/tahniah-ratu-boling-negara-shalin-zulkifli-3-atlet-kebangsaan-ini-kini-bergelar-datuk/

Pages: [1]
View full version: Tahniah! Ratu Boling Negara Shalin Zulkifli & 3 Atlet Kebangsaan Ini Kini Bergelar Datuk


ADVERTISEMENT