CARI-MRO Publish time 1-2-2023 10:06 AM

Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia Di Ambang Krisis- Ramai Merungut, Nak Berhenti Kerja!

Kuala Lumpur: Satu kajian mendedahkan sistem penjagaan kesihatan negara berada di ambang krisis apabila petugas sektor itu melahirkan rasa tidak puas hati dengan situasi semasa tempat kerja mereka.


Rumusan itu hasil tinjauan dilakukan portal berita kesihatan, CodeBlue bulan ini terhadap pakar, pegawai perubatan, ahli farmasi, doktor gigi, pembantu perubatan, jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan bersekutu di seluruh negara berusia antara 20-an hingga 60 tahun.


Sebanyak 95 peratus daripada 1,652 responden dalam soal selidik pendapat secara dalam talian itu percaya sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia kini berada dalam krisis.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202302/01/100627bv9vsl9cnmva8ske.pngFoto: Harian Metro




Lebih merisaukan 73 peratus responden membabitkan 1,205 orang menyatakan mereka berfikir untuk berhenti daripada perkhidmatan kesihatan kerajaan.


Manakala 52 peratus (867 orang) berkata, mereka akan mengambil bahagian dalam mogok jika dianjurkan untuk pekerja penjagaan kesihatan awam.


Selain itu, satu pertiga iaitu 34 peratus (557 orang) tidak pasti tentang pendirian mereka.


Secara keseluruhan, lebih 1,400 profesional penjagaan kesihatan kerajaan sama ada bersedia atau tidak pasti mengenai berhenti daripada kerja.


Tinjauan bertajuk Ketidakpuasan Dalam Kalangan Profesional Penjagaan Kesihatan dan Pekerja dalam Perkhidmatan Kesihatan Malaysia itu bertujuan mengenal pasti sama ada pekerja penjagaan kesihatan kerajaan kecewa di tempat kerja dan apakah jenis isu tempat kerja yang mereka hadapi.


Pada skala sifar (tidak marah) hingga empat (berang), lebih separuh (53 peratus) responden mengatakan mereka berang iaitu tahap kemarahan tertinggi terhadap situasi sedia ada dalam kesihatan awam sistem penjagaan.


Lebih satu perempat (27 peratus) sangat marah manakala 13 peratus marah dan hanya dua peratus mengaku tidak marah.


Sebanyak 83 peratus (1,365 orang) merasakan kerajaan tidak serius menangani isu dalam sistem penjagaan kesihatan awam.


Lapan daripada 10 responden dalam tinjauan itu berkata, mereka terlalu banyak bekerja dan bergaji kurang.


Hampir tiga perempat (74 peratus) pula menyatakan mereka letih manakala enam daripada 10 individu menyatakan rasa tidak selamat tentang perkembangan kerjaya mereka.


Satu perempat (25 peratus) responden menyatakan mereka dibuli di tempat kerja manakala dua peratus (35 orang) berkata, mereka menghadapi gangguan seksual di tempat kerja.


Bagi Tema Aduan: Beban Kerja Berat, Kekurangan Kakitangan, Gaji Tidak Adil, Kekurangan Peralatan pula menunjukkan 17 peratus responden (288 orang) menulis respons verbatim tentang isu yang mereka hadapi di tempat kerja.


Aduan mereka secara amnya berkaitan beban kerja tinggi, kekurangan kakitangan, gaji tidak adil, kemudahan dan peralatan tidak mencukupi serta ketidakpadanan pekerjaan.


Selain itu, aduan juga membabitkan beban pelbagai program dan perkhidmatan tambahan untuk pesakit dalam keadaan kekurangan kakitangan yang teruk seperti perkhidmatan nilai tambah (VAS) dalam program farmasi dan pergigian sekolah.


Seorang pegawai perubatan (MO) kontrak yang bertugas di sebuah hospital awam menekankan tentang perbezaan gaji dan faedah antara MO tetap sedia ada dan mereka yang baharu dilantik ke jawatan tetap.


"Jika anda MO kontrak, katakan dari 2018 sebelum mendapat jawatan tetap pada 2022 masih mendapat gaji asas sama dan gaji hanya meningkat empat tahun selepas bekerja tetap.


"Secara peribadi, saya sedang berusaha mencari pekerjaan di luar negara.


"Saya tidak mahu terus bekerja dan terperangkap dalam sistem yang tidak menghargai kerja yang saya lakukan dan tidak mementingkan kebajikan pegawai," katanya.-CARI


Sumber: Harian metro

OsHiN_hOnEy Publish time 1-2-2023 10:12 AM

salahkan pada pesakit yg nak maintain rm1 tu
dorg lar menyebabkan ramai yg tak hingin nak worj in health care
yg ada skrg ni pun sebab passion yg mendalam utk berkhidmat

ni yg golongan cheaoskate nak semua free tu idamkan, biar sendiri sakit
sendiri kambus diri masuk dlm kubur kot

cikatilia Publish time 1-2-2023 10:29 AM

bayar RM1 amik ubat byk2 last2 xmakan ubat
ubat tu buat apa?? jadi suhaimi saad buang dlm dust bean dia...

pastu sakit mintak dirawat bagi ubat terus kan xmakan sampai kaki merekah2 nak pecah tapi masih degil..

lightheaded67 Publish time 1-2-2023 10:51 AM

entahla ek. rasa semua bidang gitu, gaji tak setara kerja.ade bidang,kerja terlajak tp gaji mntak ampun ciput. ade bidang, kerja mcm takde, tp gaji meriah (sugar baby??) kohkoh tp yelah mungkin lebih pening kerja bidang medik ni, agaknya sbb deme ni ngadap org sakit je hari2, gamaknya jd lg kuat perasaan nk benti kerja kot yek.

helicornia Publish time 1-2-2023 03:23 PM

ckp je nak berenti tapi tak pun.sume org keje bidang lain pun sibuk bila la bole berenti, bole pencen awal tak larat dah nak keje, stres keje. btw kat negara lain pun kakitangan kesihatan pun ramai resign, i baca ari tu uk ke us ntah. mmg dh jadi global trend esp masa pandemik

annehuda Publish time 1-2-2023 05:13 PM

helicornia replied at 1-2-2023 03:23 PM
ckp je nak berenti tapi tak pun.sume org keje bidang lain pun sibuk bila la bole berenti, bole pence ...

aku baca kt us ramai yg beralih jadi doktor plastic surgery je. low risk, yg dtg tu pun confirm orka nak caj merapu pun bleh

rosedemon Publish time 2-2-2023 08:15 AM

sian ek knp doktor diperlakukan begitu

sarahmirza Publish time 2-2-2023 10:17 AM

helicornia replied at 1-2-2023 03:23 PM
ckp je nak berenti tapi tak pun.sume org keje bidang lain pun sibuk bila la bole berenti, bole pence ...

Ramai kot nurse malaysia berhenti kerja dan lari kerja kat ereb sana... Dah gaya macam bibik indon tinggalkan anak & suami berbulan & tahun demi mengejar gaji rm puluh k di sana....

ibugarang Publish time 2-2-2023 06:43 PM

sarahmirza replied at 2-2-2023 10:17 AM
Ramai kot nurse malaysia berhenti kerja dan lari kerja kat ereb sana... Dah gaya macam bibik indon ...

Yes kenalan meols pun ada, dulu kejer HUKM, resign pi kejer kt Qatar, tpi dia bujang la..

Orix Publish time 2-2-2023 06:50 PM

kawan iols yg doktor cakap, start zaman najib yg buat huru hara dalam KKM...

Orix Publish time 2-2-2023 06:52 PM

cikatilia replied at 1-2-2023 10:29 AM
bayar RM1 amik ubat byk2 last2 xmakan ubat
ubat tu buat apa?? jadi suhaimi saad buang dlm dust bean...

ye, salah 1 jugak sbb bayaran murah (hampir free).... esok lusa pendidikan pun nk di-free kan dekat ipta maka akan memekak jua lah acik2 yg keje ipta bila gaji x setara dgan workload gituh.....
Pages: [1]
View full version: Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia Di Ambang Krisis- Ramai Merungut, Nak Berhenti Kerja!


ADVERTISEMENT