Racurve Publish time 31-1-2023 07:17 PM

Suami Betul2 Menyesal Sebab Terlupa Tanam, Nurin Nampak Makhluk Bercangkung Hujung Dapur Tengah Jilat Uri!

MEMBESAR sebagai anak yatim piatu, Nurin sememangnya sudah terbiasa hidup berdikari sehinggalah dia berkahwin dengan cinta hatinya pada awal tahun lalu.

Hasrat Nurin untuk menumpang kasih ibu mentua nampaknya tidak kesampaian apabila dia sering dilayan dingin, malah turut dibanding-bandingkan dengan birasnya yang lain.

Lebih teruk, ibu mentuanya juga enggan membantu selepas dia selamat melahirkan bayi sulungnya pada Disember lalu, memaksa Nurin dan suami belajar sendiri cara menguruskan bayi di rumah sewa mereka.

"Saya memang tiada mak ayah sejak kecil lagi. Saya dibela oleh nenek. Masa tingkatan enam, nenek pula meninggal. Sejak detik itu, saya memang sendirian sehinggalah jumpa suami.

"Saya fikir seronoknya dapat kahwin, dapat keluarga mentua. Saya memang rindu layanan seorang ibu. Tapi ibu mentua macam tak suka saya. Ada saja tindakan saya buat, semua tak kena pada mata dia.

"Sampailah saya bersalin anak perempuan, pun dia tak nak tolong jaga masa berpantang. Sedangkan biras saya yang lain elok je dia jaga lepas mereka bersalin," ujarnya sayu.

Menurut Nurin yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan, dia dan suami berdepan banyak cabaran memandangkan mereka baru pertama kali menimang cahaya mata.

Namun katanya, berlaku satu kejadian yang membuatkan dia trauma gara-gara kecuaian suaminya ketika hari kedua selepas dia melahirkan anak.

"Alhamdulillah, proses bersalin lancar. Saya dibenarkan pulang ke rumah sehari selepas bersalin. Sepatutnya suami kena tanam uri, tapi dia terlupa kerana sibuk uruskan banyak perkara.

"Ketika balik rumah, saya pun tak sempat nak tengok-tengok di dapur sebab badan penat lagi. Rupa-rupanya uri yang suami bawa balik untuk ditanam masih ada di dapur.

"Pada malam itu, suami keluar beli barang. Ketika saya baring di tilam, saya dengar bunyi bising, macam orang sedang selongkar plastik di dapur.

"Saya dah mula rasa tak sedap hati, saya bangun perlahan-lahan dan berjalan ke dapur. Subhanallah, saya rasa terkejut macam nak meninggal dunia. Terus saya rebah kat situ," imbasnya.

Nurin yang terbaring di dapur ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya sejurus dia pulang dari kedai runcit berdekatan.

Selepas tersedar, Nurin hanya mampu meraung ketakutan, trauma dengan apa yang disaksikannya.

"Selepas sedar, saya memang menangis je. Bila dah tenang tu baru saya boleh bercakap. Saya cerita pada suami, saya nampak ada makhluk hitam berbulu, badannya besar dan mata warna merah terang.

"Makhluk tu duduk bercangkung di hujung dapur, tengah jilat uri. Boleh nampak lidahnya panjang dan penuh darah. Makhluk tu pandang tepat pada saya, sebab tu saya terus rebah," ujar Nurin lagi.

Selepas menceritakan apa yang dilihat, suami Nurin terus meminta maaf dan mengaku bahawa dia betul-betul terlupa untuk menanam uri berkenaan.

Namun, bungkusan uri tersebut gagal ditemui biarpun suaminya telah mencari di sekeliling rumah pada hari kejadian.

Dia yang menyesal dengan kejadian itu turut memanggil seorang ustaz untuk datang dan 'membersihkan' kediaman tersebut daripada sebarang anasir mistik.

"Suami minta maaf, dia betul-betul menyesal sebab lupa tanam uri. Selepas saya ceritakan apa yang berlaku, dia pun cuba cari uri tu untuk ditanam.

"Dah cari satu rumah tapi memang tak jumpa. Saya syak mungkin makhluk tu dah makan habis. Ustaz pun ada tegur suami. Bahaya katanya biarkan uri terbiar lama-lama.

"Sejak kejadian itu, hari-hari kami pasang al-Quran. Kami juga perbanyakkan ibadah. Alhamdulillah, dah tak pernah ada kejadian pelik-pelik lagi," ujar Nurin.

Racurve Publish time 31-1-2023 07:17 PM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2023%2F01%2F31%2F1921190.jpg
Nurin melihat makhluk sedang menjilat uri di dapur rumahnya. (Gambar Hiasan: YouTube Hanafie Eksan)

Racurve Publish time 31-1-2023 07:18 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2023/01/31/1921192.jpg
Kata Nurin, makhluk itu berwarna hitam, berbulu dan mempunyai mata berwarna merah. (Gambar Hiasan)

ciksom Publish time 31-1-2023 10:08 PM

Hodoh hodoh makluk belah sana.terkejut aku tengok gambar.

SayaSayangMama Publish time 4-2-2023 04:48 PM

merepekkkkk

selendangmerah Publish time 20-4-2023 01:11 PM

patutnya uri tu simpan dlu dlm freezer kalau xnak tanam awal2 ..

tp, jin ni mmg suka benda gitu .. makanan deme ..

HappyGumbira Publish time 8-5-2023 02:01 PM

adik ipar iols gini la juga. pusat anak dah luruh dia tak urus. elok letak bawah katil. apa nak kata malam tu ada la yang datang mengendap dari siling

supernaturalee Publish time 11-5-2023 04:50 PM

HappyGumbira replied at 8-5-2023 02:01 PM
adik ipar iols gini la juga. pusat anak dah luruh dia tak urus. elok letak bawah katil. apa nak kata ...

ewww
mau berbau, berulat ape semua

at least ltk dlm freezer klu xsempat nk uruskan lg

tp tu lah, what were he thinking ltk bwh katil tdo?


HappyGumbira Publish time 11-5-2023 07:16 PM

supernaturalee replied at 11-5-2023 04:50 PM
ewww
mau berbau, berulat ape semua



sempat dua hari duk bawah katil. tu yg dtg "benda" melawat. pastu soknya tanam. jenis laki bini nak bkepit je konon xnak susahkan sesape semua nak uruskan sendiri. lantakkan la

shi_jewel Publish time 16-5-2023 09:22 AM

HappyGumbira replied at 8-5-2023 02:01 PM
adik ipar iols gini la juga. pusat anak dah luruh dia tak urus. elok letak bawah katil. apa nak kata ...

tak berbau eh? euwwww...
Pages: [1]
View full version: Suami Betul2 Menyesal Sebab Terlupa Tanam, Nurin Nampak Makhluk Bercangkung Hujung Dapur Tengah Jilat Uri!


ADVERTISEMENT