Raline Publish time 31-1-2023 05:56 PM

Kaji insentif cukai - Hannah

Kaji insentif cukai - Hannah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HANNAH_YEOH_1675158710.jpg
SIDANG media Hannah Yeoh selepas sesi Townhall Bersama Industri Sukan di Menara KBS hari ini. FOTO Bernama



Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan (MOF) sebelum pembentangan semula Bajet 2023 yang dijadual berlangsung pada 24 Februari ini bagi membincangkan insentif cukai buat pemain industri itu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap perbincangan itu dapat memberikan keputusan positif sekali gus membolehkan industri sukan dapat berkembang dengan lebih maju pada masa akan datang.

"Kita harap (ada perkhabaran baik dalam Bajet 2023). Namun kita kena bincang lebih lanjut dengan Kementerian Kewangan dan sampaikan hasrat kita.

"Sebenarnya KBS maklumkan, setiap tahun apabila bajet, mereka akan cuba minta daripada Kementerian Kewangan untuk cukai yang lebih menarik bagi penaja korporat.

"Untuk sukan, selalunya, kita tak boleh caj mahal, ia isu gaya hidup. Kita mahu kanak-kanak, belia... jadi pendekatan terhadap sukan mesti berubah dan kita kena bermula dengan kerajaan dulu.

"Bagaimana kita melihat sukan ini. Jadi banyak yang katakan, sekarang semua SOP (Prosedur Operasi Standard) bersifat seperti menghukum mereka bukan untuk mempromosikan sukan.

"Jadi kita nak lihat semula, untuk membantu mereka dan kita perlu bekerjasama dengan semua kementerian yang terbabit," kata Hannah dalam sidang media selepas sesi townhall bersama industri sukan di Menara KBS, hari ini.

Dalam pada itu Hannah turut berpendapat, insentif cukai yang diberikan kepada penggiat industri sukan dilihat tidak adil dan membebankan mereka sekaligus akan beri kesan besar kepada kemajuan industri itu.

"Kali ini, saya nak bincang dengan Kementerian Kewangan kerana apabila bajet kita semakin berkurangan dan kita tak bagi insentif yang membebaskan penganjuran untuk dapatkan penaja sendiri dan tak ada galakan, industri sukan akan mati kalau tak buat sesuatu yang kritikal. "Jadi, KBS akan bincang dengan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat sebelum pembentangan Bajet (2023)... kita nak cuba lagi," ujarnya.

Selain isu insentif cukai, KBS turut menerima beberapa isu lain antaranya kesukaran pihak penganjur untuk mendapatkan permit yang perlu melalui pelbagai agensi, skim insurans yang lebih murah buat sesetengah sukan, hubungan khas bersama KBS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan yuran lesen membabitkan pengusaha gimnasium.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/01/931192/kaji-insentif-cukai-hannah

Pages: [1]
View full version: Kaji insentif cukai - Hannah


ADVERTISEMENT